Posts

Showing posts from February, 2016

KOTAK PERKAHWINAN

Image
"Susahkah untuk taat pada suami, kak Ina?"  Soalannya di kotak mesej petang semalam bagai terkenang-kenang. Seorang rakan FB yang jarak usianya hanya muda beberapa tahun daripada saya.  Sudah berumahtangga dan memiliki empat cahayamata. Memiliki kerjaya sebagai seorang pendidik bangsa serta bersuamikan seorang lelaki bergelar usahawan berjaya. Perjalanan hidupnya tampak lancar, hanya sahaja dua tahun kebelangan ini, jiwa wanitanya cepat sedih dan hiba lantaran suaminya memilih untuk bernikah kali kedua. Walau diawalnya dia merelakan, namun akhir-akhir ini jiwa perempuannya diasak penyesalan.  "Kenapa isteri diminta taat kepada suami?" Soalan kedua menyusul. Perbualan yang bermula dengan perkenalan ringkas berlanjut ke topik rumahtangga. Sementelah menurutnya, dia peminat blog kecil saya : ummuhusna99, sejak ia dibuka.  PERUMPAMAAN Saya memahami, dalam perkahwinan, menampilkan kebaikan ketika suasana tenang dan aman, begitu mudah lagi m