Posts

Showing posts from 2016

JANGAN HILANGKAN.....

Image
Wajahnya sedikit murung. Kelihatan ada airmata yang tertahan dari mengalir keluar. Sesekali diseka hujung mata dengan tangan. Anak jantan, tak ingin dilihat larut dalam tangisan. Mungkin…. Atau... Boleh jadi dia rasa bersalah kerana culas, hingga adik yang kecil menangis kesakitan akibat terjatuh di lantai papan. Atau... Mungkin juga ada rasa 'marah' berbaur sedih kerana dicubit atas kesalahannya tadi, mudah-mudahan jadi ingatan, agar tidak berulang di masa depan. Saya biarkan. Rasa geram kerana tidak mendengar arahan : "Jaga adik baik-baik.." " Mata ke mana agaknya..." Getus hati. Kepenatan badan menjadikan emosi mudah 'berapi'. LUPA Kadang-kadang tanpa sedar, dalam memenuhi hasrat ibubapa mendidik anak-anak, mereka sering merasa ‘berkuasa’ ke atas jiwa-jiwa kecil ini. Sering terlupa yang anak-anak ini juga manusia yang punya rasa. Beralasankan ibu dan ayah lebih tahu, maka kesilapan anak-anak acap tidak dita

UKHUWWAH INI UNTUK DISANTUNI

Image
Beberapa waktu kebelakangan ini, pintu kotak berbual saya di ‘Mukabuku’ sering diketuk oleh beberapa orang wanita yang belum berumahtangga; mereka meminta pandangan apabila dilamar sebagai isteri kedua. Termenung saya membaca dan meneliti bicara hati mereka, antara dilema menerima dan menolak, antara kasih yang sedang mekar dan hakikat yang difahami penuh sedar. Sementara di pihak saya sendiri, walau sudut pandang dan jawapan sudah dapat saya fikirkan, namun soal berkongsi kasih dan cinta dalam rumahtangga poligami, saya akui, ia mudah untuk dilafaz dan ditinta, namun untuk melaksana dan menjayakannya, amat memerlukan mujahadah dan semangat yang dipandu oleh DIA Yang Maha Kuasa. Lalu, sedikit jawapan dari diri yang masih mentah di alam rumahtangga 'bertiga' ini, saya hulurkan : PERTAMA : Ia satu perkara yang besar dan memerlukan mujahadah yang bukan sedikit terutama bagi isteri-isteri dalam mengurus emosi dan perasaan. Di pihak suami, sudah pasti yang paling utama

KOTAK PERKAHWINAN

Image
"Susahkah untuk taat pada suami, kak Ina?"  Soalannya di kotak mesej petang semalam bagai terkenang-kenang. Seorang rakan FB yang jarak usianya hanya muda beberapa tahun daripada saya.  Sudah berumahtangga dan memiliki empat cahayamata. Memiliki kerjaya sebagai seorang pendidik bangsa serta bersuamikan seorang lelaki bergelar usahawan berjaya. Perjalanan hidupnya tampak lancar, hanya sahaja dua tahun kebelangan ini, jiwa wanitanya cepat sedih dan hiba lantaran suaminya memilih untuk bernikah kali kedua. Walau diawalnya dia merelakan, namun akhir-akhir ini jiwa perempuannya diasak penyesalan.  "Kenapa isteri diminta taat kepada suami?" Soalan kedua menyusul. Perbualan yang bermula dengan perkenalan ringkas berlanjut ke topik rumahtangga. Sementelah menurutnya, dia peminat blog kecil saya : ummuhusna99, sejak ia dibuka.  PERUMPAMAAN Saya memahami, dalam perkahwinan, menampilkan kebaikan ketika suasana tenang dan aman, begitu mudah lagi m