NIKMATI SEKARANG..
“Saya mengenali seorang sahabat yang hidup berpoligami. Kerana kerap menahan rasa dia selalu berdoa agar dia tidak dijodohkan kembali dengan suaminya jika ditakdirkan menghuni syurga. Bolehkah doa yang begitu? Jika ustazah ada peluang berkongsi pandangan.” Saya membaca persoalan yang diselit sedit kisah di atas dengan senyuman pahit bersama rasa simpati, mengerti dan memahami bahawa jiwa seorang wanita bernama isteri, saat emosi menguasai diri, bicaranya biasa begitu; agak melulu, tidak menentu. Meneliti kisahnya dari mesej yang agak panjang lebar, saya merasakan suami wanita itu bukanlah seorang lelaki yang cenderung menzalimi isteri, bahkan ada sikap baiknya yang disenaraikan, yang pada saya cukup untuk meletakkan suami itu dalam senarai lelaki yang baik. Begitu juga si isteri yang masalahnya dikisahkan kepada saya dari mesej tadi, pastinya seorang suri yang baik juga. Jika tidak, dia tidak akan mengandaikan dirinya menghuni syurga. Cuma, mungkin kerana ada selitan p