Posts

Showing posts from 2015

SALING MEMBERI, ITULAH CINTA...

Image
“Dalam perjalanan rumahtangga makcik bersama suami, ada beberapa individu yang sangat kami hormati dan jadikan rujukan untuk mengemudi bahtera perkahwinan. Salah seorang daripada mereka ialah bapa mertua makcik sendiri..” Makcik Aini berbicara dengan senyuman manis bertali. Ketika itu, beliau bersama anak perempuannya yang baharu sahaja menamatkan pengajian di Universiti Yarmouk di Irbid, berkunjung ke rumah saya diiringi beberapa orang temannya yang juga akan pulang ke tanahair tercinta. “Makcik masih teringat suatu masa, makcik balik ke kampung suami untuk berhariraya. Oleh kerana bilik yang ada tidak cukup, makcik sekeluarga serta beberapa keluarga adik beradik suami yang lain tidur di ruang tamu; yang perempuan, tidur di satu bahagian, manakala lelaki di satu bahagian lain, pakaian dan aurat sangat dititikberatkan di kalangan keluarga suami.” Makcik Aini menyambung kata-kata. Kami berteleku mendengar ceritanya. Ada kalanya senyum dan ketawa kecil memenuhi suasana,

MEMASAK DARI HATI

Image
Suatu pagi, ketika saya menunggu barang-barang yang dibeli selesai dikira jumlahnya oleh pekedai runcit, datang seorang wanita yang menurut agakan saya sudah mencecah usia 60-an, ke kaunter bayaran dengan memegang palstik dan bakul yang agak penuh di tangan. "Tujuh biji kelapa parut ni ye nak..." Dia menyua plastik kuning berisi kelapa parut ke depan pekedai yang sedang mengira barang terakhir saya.   Pekedai hanya mengangguk sambil meneruskan kerjanya. Makcik tua tersenyum manis. Cantik dan tenang wajahnya pada pandangan. Kelihatan dari barang-barang yang dibeli, agak banyak juga; ada seplastik besar air kelapa, beberapa bungkus rempah ratus dan barang-barang lain yang saya tidak pasti kerana telah siap berbungkus. 'Mungkin ada kenduri agaknya..tak pun berjualan..' Saya menebak.   Saya menoleh ke arahnya, dan kebetulan juga dia sedang memandang. Lantas, kami berbalas senyuman.   "Banyak beli kelapa, mak cik. Makcik berniaga?" Saya m

'DIA'..PENAWAR LUKA

Image
“Ustazah..tiadakah rasa bersalah pada diri seorang suami yang ingin berpoligami kerana melukakan hati isteri?” Demikian soalan yang diajukan kepada saya oleh seorang kenalan di alam maya, soalan yang cukup membuatkan saya termenung panjang sebelum melontar apa-apa pandangan.  Pendapat awal saya, sungguhpun kenalan yang bertanya, saya sendiri dan wanita lain di luar sana telah maklum akan kesempatan yang diluangkan oleh ALLAH kepada kaum adam untuk mengahwini sehingga empat wanita, sementelah Rasulullah Sallalllahu ‘alaihi wa sallam sendiri mendahului dengan menunjukkan contoh teladan, namun, satu perkara yang sangat perlu diinsafi ialah tujuan pernikahan baik ia monogami ataupun poligami adalah untuk menyempurnakan ‘deen’, agama yang mulia ini.  Justeru, satu pertanyaan berbangkit yang perlu disoal dan jawab oleh kedua-dua suami dan isteri :  Benarkah kita mampu menyempurnakan ‘deen’ dengan membahagiakan pasangan ( suami/isteri ) dari siapapun yang menjadi “partner” ki

NIKMATI SEKARANG..

Image
“Saya mengenali seorang sahabat yang hidup berpoligami. Kerana kerap menahan rasa dia selalu berdoa agar dia tidak dijodohkan kembali dengan suaminya jika ditakdirkan menghuni syurga. Bolehkah doa yang begitu? Jika ustazah ada peluang berkongsi pandangan.” Saya membaca persoalan yang diselit sedit kisah di atas dengan senyuman pahit bersama rasa simpati, mengerti dan memahami bahawa jiwa seorang wanita bernama isteri, saat emosi menguasai diri, bicaranya biasa begitu; agak melulu, tidak menentu. Meneliti kisahnya dari mesej yang agak panjang lebar, saya merasakan suami wanita itu bukanlah seorang lelaki yang cenderung menzalimi isteri, bahkan ada sikap baiknya  yang disenaraikan, yang pada saya cukup untuk meletakkan suami itu dalam senarai lelaki yang baik.  Begitu juga si isteri yang masalahnya dikisahkan kepada saya dari mesej tadi, pastinya seorang suri yang baik juga. Jika tidak, dia tidak akan mengandaikan dirinya menghuni syurga. Cuma, mungkin kerana ada selitan p