MERENUNG BAHAGIA.....
Merenung... Bahawa gelar manusia beriman itu.. Bukan yang tidak pernah berdosa, bukan yang tak pernah silap, bukan yang tak pernah tergoda. Dia yang bergelar beriman, dosa tidak menjadikan diri terus bernoda..silap tak menjadikan masa depan gelap, godaan tak menghalang pulang kepada TUHAN. Merenung... Sakinah bukan tak pernah bersengketa, tetapi yang terus saling menjaga, mengenepi amarah dan ego semata... Besar jiwa kerana ILAHI.. Lebar menebar harmoni, meminggir emosi syaitoni. Merenung... Mawaddah bukan tak pernah tergoda, dek dunia yang memuja harta, jelita dan nama.. Tetapi yang membumi niat, tekad dan matlamat... Dunia dilabuh pada yang halal.. Untuk akhirat yang lebih kekal. Merenung... Rahmah bukan dek sering berbual mesra...mengungkap kasih tak kira masa... Tetapi yang bijak membaca suasana...jiwa bertaut penuh makna..Diam atau berkata-kata, keduanya bahasa menjemput cinta. Merenung... Dia yang beriman... Khilaf membawanya kembali... Taubat kepada ILAHI..kemaafan dari insani..