Posts

Showing posts from 2012

CELIKKAN KECEMBURUANMU....

Image
Semilir petang yang berhembus begitu mendamaikan. Rumput-rumput hijau yang memenuhi taman kecil di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Sentosa turut meliang lintuk dihembus bayu. Sesekali terdengar kicauan burung. Pulang ke sarang setelah seharian mencari rezeki buat menyambung kehidupan. Cukup mengasyikkan. Akan tetapi kecamuk rasa di hati Ahyana sedikit pun tidak berkurang dengan keindahan ciptaan TUHAN yang terpapar di depan mata. Hanya tubuhnya menikmati sapaan lembut alam, sedang jiwanya tenggelam dalam gelombang perasaan. Satu keluhan dilepaskan. Berat! “Mengapa kau lakukan begitu?” Solehah, teman karib yang menemaninya menghirup udara petang itu tiba-tiba melempar tanya. Agak menyentak rasa. Ahyana memalingkan kepala sambil menatap dalam anak mata Solehah. Kelihatan sahabatnya itu serius. Namun, riak ketenangan dari wajah keibuannya itu, seperti selalu, tidak terganggu. “Lakukan apa? Merajuk dengan suami sendiri sehingga berhari-hari. Itu maksudmu?” Ahyana membala

BUKAN BABU, BUKAN JUGA RATU

Image
"Assalamualaikum kakak. Saya hanya mahu bertanya. Apakah pendapat kakak tentang pautan yang saya sertakan ini? Boleh kakak bagi penerangan yang jelas tak tentang isu ni? Adakah seorang lelaki itu perlu menjadi kuli pada isterinya sedangkan isterinya hanya duduk makan tidur makan tidur di rumah sahaja? Saya tertanya-tanya sebab jika lelaki yang perlu membuat kerja rumah, maka apa tugas isteri di rumah yang sebenar-benarnya? Memangbenar, kalau di zaman moden ini ramai wanita bekerjaya, maka keadaan itumungkin boleh diterima iaitu suami sama-sama membantu melakukan kerja-kerja rumah...tetapi jika si isteri tidak bekerja...dan sangat-sangat pemalas untuk membuat kerja rumah, maka terpakaikah perkara ini pada si isteri yang tidak bekerja dan tugasnya di rumah hanya makan tidur makan tidur sahaja?” Demikian paparan soalan pada kotak mesej Facebook yang tertera di hadapan mata saya. Ia datang dari seorang gadis yang masih muda dan belum menempuh alam rumahtangga. Bersama emel tersebut,

SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU...

Image
Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepada jalan-jalan penyelesaian. Namun, menginsafi bahawa saya bukanlah seorang yang benar-benar berkelayakan dalam memberikan nasihat dan pandangan, ditambah pula hambatan masa yang sukar berkompromi untuk saya berlama-lama di hadapan komputer bagi menjawab kemusykilan yang diutarakan, justeru menulis secara umum sebegini diharapkan mampu memberi sedikit jawapan bagi merungkai kekusutan perasaan seorang isteri yang sedang gerhana dari cahaya cinta. Sebenarnya, sudah agak lama saya mahu menambah penulisan saya pada sesuatu yang memfokus kepada ikhtiar isteri dalam melakar bahagia rumahtangga tetapi masa dan idea belum kunjung tiba

BUKAN BLUETOOTH, BUKAN WIFI

Image
Agak melucukan! Begitu tanggapan awal saya saat membaca sebuah perumpamaan moden yang memperkatakan tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam menanggapi perhubungan sesama mereka. “Men are like Bluetooth. He is connected to you when you are nearby, but searches for other devices when you are away. Women are like Wifi. She sees all available devices, but connects to the strongest one.” “Hmmm…bila teknologi terkini dijadikan perumpamaan manusiawi…siapalah pengarangnya. Bagaimana agaknya kalau ayat itu diubah sedikit.” Saya berbisik sendiri. “Men are like Bluetooth, you are next to him, then he stays connected. You go away, he finds for new devices. And a lady, however, is like Wifi. Many devices can connect to her as long as she is not secured. ” Bibir saya terus menguntum senyum. “Mungkin kerana itu, ada yang berpandangan bahawa pencarian seseorang yang ‘betul’ dan tepat bagi diangkat sebagai pasangan hidup yang serasi dan membawa bahagia,seumpama mencari sehelai ru

RUMPUT DI PADANG NAN LUAS...

Image
Wahai sahabat...apa jawabmu jika ditanya : "Bagaimana dapat kutemukan pasangan hidup yang setia?" Kuakui soalan ini amat indah untuk dicerna, namun sukar untuk dilaksana.... Bagiku.... seorang pemburu cinta.... Dia ibarat seseorang yang berada di padang rumput yang menghijau luas. Impiannya adalah mencari sehelai rumput yang paling cantik di antara sekian banyak rumput yang melata. Dia berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja matanya tertancap pada sehelai rumput yang dirasakannya paling cantik, hatinya pula berkata : "Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dari yang ini..." Lalu, rumput itu ditinggalkan dan dia meneruskan pencarian. Namun akhirnya, tanpa disedari dia sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas, tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman... Untuk berpaling ke belakang dan kembali mencari, dia sudah keletihan, sedang masanya juga sudah banyak terbuang tanpa penghasilan.... Inilah re

BERJUANGLAH WAHAI ISTERI

Image
“Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. Namun, tidak pernah saya melihat kesedihan dan riak kecewa pada wajahnya setiap kali menemukan adegan serupa. Walau berulangkali dalam sehari. Andai ada orang yang melihat keadaannya ketika itu, dia hanya tersenyum manis sambil berusaha bangun semula tanpa meminta bantuan apatah lagi belas kasihan. “Kak ngah buat apa bila nampak opah jatuh?” saya bertanya setelah beberapa ketika. “Mula-mula kak ngah tak tahu..tapi, masa kak ngah on the way ke dapur, kak ngah nampak opah atas lantai, she was trying to get up ,” jawab kak ngah jujur. Buat kesekian kalinya, saya hanya menganggukkan kepala bersama perasaan yang berbaur r