TERUSLAH BERCINTA HINGGA KE SYURGA-NYA
Sejak keluar dari rumah jam 6.15 petang tadi, hujan masih turun mencurah. Tiada tanda akan berhenti. Sambil mendengar radio IKIM.fm, saya terus setia menunggu di dalam kereta. Sesekali saya meninjau dari kaca tingkap kereta, kalau-kalau terlihat kelibat suami di luar. 45 minit berlalu. Saya sedikit resah. Namun, sejurus terlihat samar-samar tubuh suami menghampiri, dengan berpayung dan membimbit tiga plastik barang-barang yang baru dibeli dari pasar malam berhampiran, saya menanti dengan senyum lega. “Alhamdulillah hujan…tak ramai orang di pasar malam,” ujar suami sebaik pintu kereta dibuka, tanpa sempat saya bertanya. Plastik barang dihulurkannya kepada saya. Sungguhpun pada awalnya saya dan suami bercadang membeli belah bersama ( berdua ), tetapi hujan lebat menyebabkan suami meminta saya menunggu sahaja di dalam kereta. Tambahan pula, tubuh saya masih terasa sedikit lemah kesan demam pada hari sebelumnya. “Eh! “ Senyuman saya kian melebar. Mata bulat meninjau ke dalam satu plastik