Posts

Showing posts from 2011

MENGENANGMU FATIMAH....

Image
Siapalah aku berbanding dirimu.... Tumbuh membesar dari tangan manusia paling mulia.... Bondamu tidak meninggalkan harta, tapi khazanah peribadi yang sentiasa disebut-sebut sang nabi, ayahandamu nan tercinta.... Kerana itu, dirimu dan bondamu... tergolong antara empat srikandi pilihan Yang Maha Esa... Siapalah aku berbanding dirimu.... Maharmu bukan dari wang berjuta.... Cukup nilaian sebatang perisai sebagai penyatu cinta.... Episod rumahtanggamu masyhur bahagia... Bukan kerana harta, tapi kaya jiwa.... Kau meniup obor semangat perjuangan... Merawat luka ayahanda dan suami di medan peperangan... Siapalah aku berbanding dirimu... Ketaatan tidak berbelah bahagi kepada suami, kesungguhan mengurus rumah sebagai suri, Mendidik generasimu menyintai ukhrawi... melebihi dunia dan segala isinya... Walau kerana semua itu..tubuhmu letih dan lesu.... tidak pernah mengganggumu mengabdi diri kepada Yang Satu.... Sungguh...siapalah aku berbanding dirimu... Fatimah bintu Rasulillah... menyusuri kisah

SABAR DAN SYUKUR

Image
Melakukan maksiat memang mengasyikkan, kedurhakaan terlihat cantik dan mempesonakan, lantaran syaitan menghiasinya dengan keindahan yang palsu, tidak berkekalan justeru, berSABARlah pada menjauhi maksiat… dan berSYUKURlah, kerana imanmu menjadi penyelamat dengan rasa malu pada-NYA. Melaksanakan ketaatan selalu terasa berat, ibadah bagai beban, memelihara kesolehahan bagai mengurung , menyekat dan menyesakkan… justeru, berSABARlah pada melakukan ketaatan… dan berSYUKURlah, kerana imanmu membangkitkan kesedaran bahawa ALLAH itu amat dekat. Dan, berSYUKURlah kerana ALLAH terus mendatangkan ujian cinta-NYA.. yang dengannya kita tahu bahawa kita masih memerlukan DIA dengan berSABAR untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia.... tetapi, kasihanilah diri sendiri andai merasa setiap impian, hajat dan doa telah dikabulkan... kerana bimbang, ia hanya habuan di dunia semata, tanpa sedikit pun yang tersisa untuk kelangsungan hidup di akhirat sana....... U

BUKAN SEMATA PERASAAN!

Image
Sungguhpun jiwanya pedih saat mengetahui perkahwinan kedua suami, namun dia menerima dengan pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa. Sedangkan….. Setiap saat guruh di langit berdentum hebat, tika bumi hampir bah ditimpa hujan lebat, dia memandang ke langit yang tinggi, menadah tangan ke hadrat ILAHI agar suami yang jauh dari mata kerana bekerja di perantauan selamat dan terpelihara dari sebarang bencana. Bila ditanya mengapa dia pasrah menerima semua itu, dengan tenang dia menutur bicara : “Kerana bernikah lagi secara sah menurut hukum agama, bukanlah satu perkara aib.” Dia diasak lagi dengan persoalan yang menyentuh riak rasanya sebagai seorang wanita; sekali lagi, dia menjawab dengan jiwa kental seorang muslimah mukminah solehah : “Selama ini saya tidak lelah berdoa kepada ALLAH, memohon supaya suami dipelihara oleh-NYA…lantas, bila mengetahui suami berkahwin lagi, membuatkan saya berfikir, jangan-jangan…..dengan suami bernikah kedua kali ini, adalah cara ALLAH mengabulkan

TUHAN, IZINKAN KAMI TERUS BERSAMA

Image
Saya hampir kehilangannya. Ye, pernah…hampir-hampir kehilangan seorang insan yang amat saya kasihi. Seorang sahabat sejati setelah akad menyatukan kami, dia juga seorang suami yang sangat saya cintai. Ketika itu, kami dan dua permata hati, kak long dan kak ngah masih berada di bumi asing, di Irbid, Jordan. Jauh dari sanak saudara, dengan kewangan yang juga amat sederhana. Terbayang saat melihat suami terbongkok-bongkok menahan sakit, setelah bersusah payah melintas jalanraya, menggagahkan diri mendaki anak tangga dan mengetuk pintu rumah, hanya untuk memberitahu saya, yang dirinya akan dibawa ke hospital berdekatan. “Nanti as jumpa abang di sana ye…” lemah nada suaranya sambil melangkah menuju ke ambulan yang menunggu di tepi jalan. Saya bagai terpempan. Hanya mengangguk dan terdiam tanpa kata. Wajah anak-anak yang sedang leka bermain, saya pandang dengan mata mulai berkaca. Saya menangis. Takut. Bimbang….kehilangannya. INGIN DI SISINYA “As baliklah…abang boleh sor

CHAT : Satu pandangan

Image
Dalam usrah baru-baru ini, saya dan sahabat-sahabat seusrah bersama naqibah banyak membincangkan tentang pergaulan tanpa batas hari ini terutama di kalangan remaja walaupun mereka berlatarbelakangkan pengajian agama di universiti. "Saya tengok 'suasana' di ***, dah tak sama sebagaimana ketika saya mengajar di sana 15 tahun yang lalu..." kata seorang rakan usrah. Pada saya, bila memperkatakan tentang remaja, orang dewasa juga perlu 'melihat' dirinya sendiri, bahawa mereka adalah cerminan kepada individu yang masih muda di bawah mereka. Contohnya, bagaimana seorang ayah/ibu berchatting di fb, YM atau seumpamanya bersama lawan gender , tidak mengawal kata-kata, pertanyaan yang meleret-leret tanpa keperluan, maka keadaan yang sama juga boleh berlaku di antara anak-anak dan rakan-rakan mereka atau mungkin mereka menjadi lebih jauh lagi dari apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Saya masih ingat ketika berusia awal 20-an suatu masa dulu ( masih di IPTA ) saya menelefon

DI SEBALIK FOTO INDAHMU

Image
“ Astaghfirullah !” Meluncur kalimah tersebut dari bibir saya diiringi gelengan kepala tatkala menatap sekeping foto dari deretan News feed pada dinding ‘muka buku’ ( facebook ) pagi ini. Tidak lama dulu, saya ada membaca beberapa tulisan di blog yang mendakwa gambar-gambar muslimah bertudung telah di’ scan ’ dan diedit sehingga ‘menjadi’ seperti sekeping gambar bogel. Diikuti kemudiannya, paparan beserta bukti bergambar yang menampilkan foto muslimah dieksploitasi sehingga seakan-akan menampakkan susuk badan. Walaupun, asal foto-foto tersebut adalah bertudung dan menutup aurat sempurna, namun ia telah diedit melalui teknik super impose dan sinar x-ray untuk menampakkan bahagian dalaman. Kini, cerita yang sama muncul semula. Dari paparan nota pada gambar dan komen-komen di bawahnya, dapat saya simpulkan bahawa cerita tentang gambar-gambar muslimah menutup aurat di'bogel’ka, kembali heboh diperkata. Jujurnya, saya sendiri amat sedih melihat gambar-gambar tersebut dan

CINTA USIA EMAS

Image
Pagi ini, sewaktu menghantar kak long ke sekolah untuk ujian lisan bahasa arab, saya melalui sebuah masjid berhadapan jalanraya utama. Sewaktu kereta berhenti di lampu isyarat dengan warna merah yang baru menyala, di sisi lantai dan tangga bawah masjid, mata tertancap ke susuk tubuh seorang mak cik tua, manis bertelekung bagaikan menunggu seseorang. Selang beberapa langkah di kawasan tempat letak kereta, seorang pak cik tua sedang berusaha menghidupkan enjin motornya. Sebaik enjin hidup,dia bersegera menuju kepada mak cik tua yang setia menunggu dengan senyuman di bibirnya. "Tentu mereka baru mendengar kuliah subuh pagi ini..." saya berbisik. Mak cik tua membonceng motor dengan tangannya berpaut pada pinggang pak cik tua. Kejap. Erat. Sungguh romantik pemandangan itu bagi saya. "Tentu sudah banyak ranjau kehidupan berumahtangga yang mereka lalui untuk sampai kepada peristiwa pagi ini," saya menelah.

BERIKAN KAMI FURQAN...

Image
“Apa pandangan kak long?” saya bertanya seraya mengarahkan matanya ke satu foto di skrin komputer. Di hadapan kami terpapar gambar seorang gadis dengan fesyen tudung terkini gadis remaja. Sengaja saya bertanyakan pandangan kak long tentangnya. Mana tahu, sedikit sebanyak dapat juga saya menyelami naluri berfesyen anak dara sulung saya ini. “Hmmm… too stylish .” Ringkas jawapan kak long. Saya menganggukkan kepala, tersenyum dan kembali menatap foto gadis yang mengenakan turtle neck inner di sebelah dalam dengan lilitan tudung dari satin pada bahagian luarnya sebagai pelengkap. Biarpun tudung yang disarungkan sudah menutupi bahagian dada, namun keseluruhan penampilan dan gaya yang ditunjukkan masih ada yang tidak kena. “Lengan bajunya pada ummi agak ketat…”saya menambah. Kak long mengiyakan dengan sedikit kerutan di dahinya. Wajahnya agak tegang. Entah apa yang difikirkan. “Kak long tak suka lengan baju ketat…susah nak ambil wuduk,” luah kak long, sekaligus menjawab persoala

CIPTALAH MUSIM INDAH KEHIDUPANMU

Image
Saya pernah membaca sebuah kisah. Ia cerita yang ringkas, tetapi berisi pengajaran yang bernas. Cerita seorang gadis yang dibesarkan di sebuah rumah kecil dan serba kekurangan di lereng bukit. Gadis itu gemar bermain di tengah-tengah padang bak ‘taman’ alam semulajadi yang luas dan indah berhampiran rumahnya. Saban hari, sambil bermain, dia mengkhayalkan kehidupan bak puteri di dalam istana yang megah dan mewah. Walaupun cintanya pada keluarga tidak dinafi, tetapi impiannya yang satu ini kerap meng’hantui’! “Betapa beruntungnya andai aku bergelar seorang puteri. Setidak-tidaknya, menjadi anak hartawan ternama saja sudah memadai berbanding kehidupanku yang miskin ini.” Suatu ketika, setelah meningkat dewasa, sedang dia menghabiskan masanya sebagaimana biasa di padang tersebut, tiba-tiba dia melihat di kejauhan pancaran keemasan dari sebuah rumah yang besar di atas sebuah bukit bersetentang. Seakan-akan rumah itu diperbuat dari emas dan permata yang bersinar-sinar! Tingkap, pintu, bahka

MUSLIMAHKU,SEMALUMU...IMANMU...

Image
Suatu masa aku melihat, Dua gadis berpapasan dengan hilai tawa panjang, Mata-mata menoleh tidak mereka hirau, Tertawa, tertawa dan terus tertawa…. Suatu ketika aku membaca, Kisah seorang gadis cantik jelita, "Anakku itu pemalu orangnya," si ibu berbicara bangga... Tapi, gaya pakainya amat terbuka.... Ketat dan padat, mampu menggoncang sukma. Suatu saat aku menyapa, ‘Dinding mukabuku’ seorang gadis bertudung labuh, Nada bicara lewat tulisannya, manja dan amat mesra, Menyahut gurau senda dan usikan sang jejaka... Aku merenung semua keadaan itu dengan pandangan sayu... Di mana letak malu tanda iman dalam dirimu.. Kerana malu dan iman itu bagai saudara seiring sejalan, Saling melengkapi, saling membutuhkan demi kesempurnaan amalan, Sirna salah satu dari keduanya, maka tiadalah ia sempurna... Pandanglah pohon semalu, Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah, Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah, Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’, Tunduk sopan denga

Inikah rindu?

Image
Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui. Akan tetapi, kedekatan hati, ingatan berterusan dan perasaan memerlukan, itulah yang menerbitkan kerinduan walau sebenarnya antara kita dan orang yang dirindui amat dekat, bertemu setiap saat. Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi terhadap ALLAH SWT,Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini. وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ Maksudnya : "Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." ( Surah Qaaf ayat 16 ) Justeru, muhasabahlah diri seandainya ketika di kelilingi tangisan orang lain usai solat, berzikir dan membaca al Quran, kita hanya termangu-mangu melihat dan bermonolog sendiri, "Mengapa mereka sampai menangis? Sedang aku sedikitpun tidak merasa sedih?" Tatkala it

TERUSLAH BERCINTA HINGGA KE SYURGA-NYA

Image
Sejak keluar dari rumah jam 6.15 petang tadi, hujan masih turun mencurah. Tiada tanda akan berhenti. Sambil mendengar radio IKIM.fm, saya terus setia menunggu di dalam kereta. Sesekali saya meninjau dari kaca tingkap kereta, kalau-kalau terlihat kelibat suami di luar. 45 minit berlalu. Saya sedikit resah. Namun, sejurus terlihat samar-samar tubuh suami menghampiri, dengan berpayung dan membimbit tiga plastik barang-barang yang baru dibeli dari pasar malam berhampiran, saya menanti dengan senyum lega. “Alhamdulillah hujan…tak ramai orang di pasar malam,” ujar suami sebaik pintu kereta dibuka, tanpa sempat saya bertanya. Plastik barang dihulurkannya kepada saya. Sungguhpun pada awalnya saya dan suami bercadang membeli belah bersama ( berdua ), tetapi hujan lebat menyebabkan suami meminta saya menunggu sahaja di dalam kereta. Tambahan pula, tubuh saya masih terasa sedikit lemah kesan demam pada hari sebelumnya. “Eh! “ Senyuman saya kian melebar. Mata bulat meninjau ke dalam satu plastik

NILAI SEUTAS GELANG EMAS

Image
Kolam mata saya bergenang membaca satu emel yang dikirimkan oleh pihak editorial Majalah Solusi. Baris demi baris pada emel tersebut saya amati. Setitik demi setitik air mata menitis ke pipi. Saya menangis. Bukan terharu kerana emel yang dibaca berisi pujian dan maklum balas positif terhadap artikel saya : Darurat Bukan semudah Itu ( Artikel asal : Zuriat Berkat ) yang disiarkan di dalam majalah tersebut, akan tetapi saya menangis kerana tersentuh dengan tindakan mulia seorang wanita semata-mata untuk menjaga iman serta maruah diri dan suaminya demi melahirkan zuriat yang dikasihi. Berikut emel yang dikirimkan :

HATI YANG PALING INDAH

Image
Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu. CINTA 100%. Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu? Pasti jawapanku, 100%. Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu? Pasti jawapanku, 100%. Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu? Pasti jawapanku 100%. Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu? Pasti jawapanku, 100%. Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri? Pasti jawapanku, 100%. Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu? Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya? Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu, Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama.. Tidak berkurang walau sedikitpun, Itulah CINTA… Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

CINTA 100%

Image
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu? Pasti jawapanku, 100%. Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu? Pasti jawapanku, 100%. Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu? Pasti jawapanku 100%. Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu? Pasti jawapanku, 100%. Andai mereka bertanya, lalu berapa peratus pula cintamu untuk dirimu sendiri? Pasti jawapanku, 100%. Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu? Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya? Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu, Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama.. Tidak berkurang walau sedikitpun, Itulah CINTA… Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa. p/s : Sekadar mengambil kefahaman dari didikan Junjungan mulia, Muhammad SAW dan masih berusaha untuk mencapainya, doakan saya : “Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pemban

BERBALASKAH CINTAKU?

Image
"Kita selalu mengucapkan cinta kepada ALLAH. Tetapi pernah tak kita terfikir, adakah ALLAH juga cinta kepada kita?"kata-kata suami di suatu petang, cukup menyentak jiwa ini. Kuat! Saya terdiam tidak membalas. Merenung-renung kebenaran dari bicaranya. Bukan tidak pernah terfikir, cuma selalu terlupa. Berapa ramai manusia yang mengharap dirinya jatuh cinta, lalu setelah merasakan dirinya dicintai, membalas pula huluran kasih itu dengan cinta yang serupa. Maka jadilah mereka dua insan bercinta, saling kasih mengasihi. Alangkah indahnya kala cinta bersemi, lebih indah bila kasih yang diberi berbalas cinta sejati. Sebaliknya, bila cinta tidak dihirau, kasih dipandang sepi, bagai bertepuk sebelah tangan, kesakitan yang menjalar dari itu umpama menghulur sebungkus hadiah, tetapi akhirnya ia ‘mendarat’ di tempat sampah. Sungguh pedih dan menyakitkan perasaan!

KERANA SAYA SEORANG IBU

Image
Sumber C uaca petang itu agak panas. Sesekali sahaja angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, membawa bersamanya rasa dingin yang cukup menyamankan. Saya, adik kembar dan dua adik yang masih kecil, sedang leka bermain masak-masak menggunakan bekas plastik dan sudu di dapur. Dalam keasyikan itu, tiba-tiba, bagai terdengar derap tapak kaki seseorang menuju ke rumah. Saya menjengahkan sedikit kepala, meninjau-ninjau ke luar. Dari mulut pintu dapur yang terbuka luas, saya melihat kelibat emak menyusuri lorong bersemak di belakang rumah. Langkahnya kecil-kecil tetapi pantas. Kelihatan wajah emak sedikit cemas dan agak tergesa-gesa berjalan. “Eh! Kejapnya mak…dah selesai ke ’rewang’ di rumah Mak Cik Senah tu?” soal kak Eton yang masih di bangku sekolah menengah, kehairanan. “Belum lagi….” Ringkas jawapan emak sebaik duduk di kerusi makan melepaskan lelah. Saya juga tertanya-tanya. Rasanya, baru sahaja emak keluar ke rumah Mak Cik Senah membantu kerja-kerja memasak untuk hidangan kendur

ANTARA MALU DAN MAHU

Image
Gambar demi gambar saya tatapi. Dengan pelbagai gaya dan berencam warna, terdapat lebih seratus foto silih berganti mengambil ruang pada skrin komputer. Tidak sukar, tidak perlu menyelak lembar demi lembar. Hanya menekan mouse di bahagian kiri, keseluruhan foto-foto yang ada dapat saya lihat sepuasnya. Jika ingin mengulang tatap, teruskan sahaja menekan, pusingan gambar akan terus beredar. Satu demi satu. Saya akui, kesemuanya cantik, comel dan ayu. Sememangnya, mereka gadis-gadis yang bertuah kerana memiliki kecantikan wajah. Mungkin kerana itu, mereka berusaha menampilkan gambar dalam pose terbaik dan tercantik untuk beradu nasib dalam pertandingan menggayakan tudung itu. Akan tetapi, jauh di sudut hati, saya sedih dan gundah. Bagai ada sesuatu yang terbuku di dada saya rasakan, tetapi tidak terluah. Saya melanjutkan pandangan mata pada komen-komen yang bertemali di bawah setiap gambar. Ada kata-kata pujian serta pujuk rayu agar gambar mereka diundi. Gulana saya bertali sehinggalah

ANAKKU, CERMIN-CERMIN DIRIMU

Image
Bila berdiri ketinggiannya sudah menyamai ketinggian saya. Baju-baju saya juga, sudah banyak yang muat dan tersarung elok ke tubuhnya. Banyak kali juga saya berjenaka : “Tak lama lagi, Ummi makin ke ‘bawah’ la. Bila tengok kak long, mesti kena mendongak....” Mendengar itu, dia pasti tersengih lantas tertawa. Malu-malu si anak dara. Perhatiannya pada fesyen dan aksesori juga semakin ketara. Pernah sekali, saya melihatnya sedang memerhati penuh minat pada satu laman web menjual baju-baju terkini gadis remaja. Bola matanya bersinar, teruja. Senyumnya meleret, ceria. Tentu ada sehelai dua yang menarik perhatiannya. Sebagai ibu, saya menyedari, Jika dibandingkan dengan anakanda kedua, kak ngah masih lagi gembira bermain dengan patung boneka. Memang, anakanda saya yang pertama ini kian menginjak dewasa. Terasa masa berlalu begitu pantas. Mengenang ini, jiwa sering berdebar. Cemas. Memikirkan terlalu banyak lagi pesan yang perlu dititipkankan, buat pedoman dan panduan anak meniti alam remaja

SEMUA ITU HANYA ALASAN !

Image
Saat tubuh segar bugar, Dihiasi busana berkilauan, Jejaka menatap, bergetar keimanan, Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN, Dek mengikut tema dan kesesuaian zaman, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat mata melihat,tidak buta, Dipandang, memandang kecantikan ‘taman larangan’, Putih gebu, hitam manis, melonjak keghairahan, ‘Si ikan ada didepan si kucing jantan’, Peluang keemasan, jangan disiakan, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat telinga mendengar, tidak tuli, Suara manja menggoncang iman,’ halwa’ pendengaran, Berita sensasi, gossip terkini, Alunan cinta nafsu, membuai keasyikan, Sekadar berhibur penawar kepenatan, Sedangkan semua itu hanya alasan! Saat mulut berbicara, tidak bisu, Patah kata umpat-umpatan, Bicara kesat, membuak kemarahan, Biar luahan sangat melukakan, Asal diri puas menuturkan, Tercapai hasrat, maksud dan tujuan, Konon perbincangan berpaksi kebenaran, Sedangkan semua itu hanya alasan! Beringatlah wahai tubuh yang segar bugar, Beringatlah mata yang tidak b