Posts

Showing posts from November, 2010

KITA ADALAH KUNTUMAN MAWAR

Image
“Ee…nape ummi pakai ubat kat muka?” Petah mulut si kecil Solehah bertanya. Berkerut-kerut wajahnya melihat ke wajah saya yang putih menampakkan hanya dua biji mata dan mulut sahaja. Melihat itu, saya bagaikan mahu ketawa, tetapi terpaksa saya tahan sekuat rasa. Jika tidak, sedikit sahaja senyuman yang melebar, sudah cukup untuk ‘meretakkan’ wajah putih saya. “Ummi pakai yoghurt la dik, bukan ubat…” saya cuba menjawab seringkas mungkin. Kasihan melihat si kecil tertanya-tanya. “Yoghurt?” Solehah bertanya dengan pelat comelnya. Bertambah berkerut wajahnya. “Adik makan yoghurt…” Solehah menambah. Mungkin dia kehairanan bila saya meletakkan yoghurt yang selama ini menjadi kegemarannya diletakkan ke muka, tidak dimakan seperti biasa! Jawapannya kali ini sungguh menggeletek jiwa. Pecah juga ketawa saya akhirnya. Terasa ketegangan yang menguasai muka beberapa minit lalu turut mengendur.

INGIN JADI APA WAHAI ANAKKU?

Image
Dari tingkap kaca bilik studi suami, saya gemar melihat ke langit yang tinggi, sambil menatap cahaya mentari yang melimpah di siang hari yang cerah. Cukup mempesona. Sangat mendamaikan rasa. Tatkala awan putih meliputi langit yang membiru, kepulan-kepulan bak kapas bersih itu pasti bergerak ke satu arah yang sama, mengikut arah tiupan bayu. Liang liuk pepohonan turut menambah kemeriahan alam. Sangat menenang dan mengasyikkan. Memerhati keharmonian alam saat ini, hati diusik kenangan sewaktu kecil. Mendongakkan kepala ke langit yang tinggi. Bermain dan berimaginasi bersama kawan-kawan sebaya. Pelbagai gambaran yang timbul di fikiran kami ketika melihat awan putih yang melata. Terdapat kepulan-kepulan awan yang besar bagaikan kepala sang gajah. Ada pula kepulan–kepulan kecil umpama asap yang keluar dari serombong keretapi lama. Tidak kurang juga, gandingan kumpulan awan yang membentuk kelopak bunga putih yang indah. Semua gambaran itu kami ceritakan dan kongsikan bersama. Banyak kali ima

SALAM AIDILADHA

Image
Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar... Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan. Di hari yang mulia ini, mari kita maknai dengan takbir, tahmid dan takbir... Agar 'ruh' pengorbanan keluarga Ibrahim a.s mampu memutik 'ibrah... Memarak semangat pengorbanan untuk agama tercinta ini. Melangkah dengan ikhtiar yang mapan... Beriring sangka baik dan kepasrahan yang tuntas kepada Ar Rahman.. Walau hakikatnya, kita terhijab dari mengetahui keberhasilannya di masa depan... Kerana yang pasti hanya DIA Maha Mengetahui... Hikmah yang mengintai di sebalik setiap ujian dan cabaran. Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah. Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb. Justeru, jangan sangsi dan ragu, tawakal dan redalah pada TUHANmu. Mencari dan terus mencari cinta ILAHI Jumpa lagi, InsyaALLAH.

DETIK INI KUPATRI JANJI....

Image
Detik ini kupatri janji, untuk lebih menikmati… Desir dedaunan ditiup angin malam… Bersama deruan membelah kesunyian… Bauan enak dari ayam panggang di dalam ketuhar… Harum aroma dari secawan kopi hangat… Menghidu nyaman buah-buahan segar. Detik ini kupatri janji, untuk lebih menghayati…. Kegigihan sekawan semut menghurung seketul kecil serbuk roti… Kicauan beburung mencari rezeki dinihari… Suam-suam terik mentari di musim dingin bersalji… Layangan lembut sehelai daun ditiup bayu pagi. Detik ini kupatri janji, untuk lebih menghargai… Bening mata insan-insan tercinta… Tangan kecil mengharap dipimpin… Tangan besar meminta dibelai… Senyum manja, hilai tawa, tangis hiba… Bersilih ganti menggugah rasa. Kuyakini, setiap satu ada nilai tersendiri… Walau ia mungkin tidak beerti apa-apa pada sesiapa… Namun padaku, semua itu menambah ‘hidup’ pada kehidupanku... Selagi ada masa… Akan kucuba untuk mengotakan kata-kata… Bahawa setiap ‘mereka’ pent

SOLATLAH ANAK-ANAKKU

Image
Sekejap-sekejap saya meninjau ke anak tangga. Namun, kelibat Kak Long dan Kak Ngah masih belum terlihat di mata. “Hmm…dah dekat pukul lima dah ni…” saya berbisik di dalam hati sambil mengerling sekilas jadual waktu solat yang ditampal di pintu bilik. “40 minit lagi dah masuk maghrib…”saya mencongak-congak sendiri. Di tingkat bawah, riuh rendah suara anak-anak bermain menerobos masuk ke cuping telinga. Sesekali tercuit juga mendengar telatah mereka berbual dan bergurau. Usik mengusik dan saling berbalas kata hingga banyak kali si kecil Solehah menangis akibat dikenakan oleh kakak-kakak dan abangnya, Khalil. “Hmmm, asyik betul bermain….” Bisikan di hati bertemali. Di luar rumah, suasana terang kian kelam. Siang pergi, malam pula mengambil ruang untuk mengabdikan ‘diri’. Bukti ketaatan yang tidak pernah culas kepda Pencipta Yang maha Suci.