Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi, hati saya berbisik sendiri. Berulangkali. Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb, semakin menambah kekuatan saya berimaginasi. Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yang berfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta. ‘Kalkulator cinta’.** Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya. Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertai ucapan, I love you my dear , maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai. ‘Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia. Saya berangan-angan lagi. Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluar membeli di pasar tani