Posts

Showing posts from July, 2010

ANDAI MENYAYANGIKU....

Image
Sahabat… Andai benar kalian menyayangiku… Jangan merimbun puji dan pujamu padaku.. Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cinta-NYA.. Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta… Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya. Pujian hanya mengurangi imanku… Puja banyak menebalkan mazmumahku…. Panjang angan-anganku… Lalu terlena diulit mimpi-mimpi nafsu. Hanya peringatan dengan kasih menyedarkan… Merentap keasyikan mimpi palsu bawaan syaitan… Biar aku merintih dalam keinsafan… Biar aku menangis mengenang kekhilafan… Dari tersenyum tanpa nilai… Apatah lagi tertawa yang membinasakan… Sahabat…. Andai benar kalian menyayangiku…. Tebarkan wangian dalam persahabatan… Agar harum kasih ikatan dan ukhuwwah ini… Berpanjangan hingga ke syurga idaman… Sahabatku… Sayangi aku kerana-NYA… Dan aku pasti menyayangimu jua kerana cinta-NYA. **************

STICKY POST : SOLUSI ISU KE-22

Image
Semoga kandungannya mampu menyumbang sedikit solusi kepada masalah ummah. Boleh dapatkannya di : http://www.stormreaders.net/aslina "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tenta ng AKU, Maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." ( Surah al Baqarah ayat 186 )

KUIMPIKAN KELUARGA 'S-M-R'

Image
Kuimpikan keluarga, Bahagia, harmoni dan sejahtera, Dengan cinta, hikmah, dan tawa ria, Bukan dengan gelar, harta dan wang berjuta. Kuimpikan rumahtangga, Bahagia dalam sederhana, Harmoni dalam ibadah, sejahtera dari keluh kesah. Kuimpikan keluarga, Walau kehidupan bertandang pancaroba, Tangan bertaut, saling menyokong, Salah dan silap, dinasihati dengan cinta, Kebaikan bukan untuk diri, tapi seluruh ahli di dalamnya.. Kuimpikan rumahtangga, Bersinar indah bukan dek perhiasan mewah, Tetapi kerana kasih sayang berpandu ajaran-NYA, Mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah. Kuimpikan… keluarga SMR… InsyaAllah. Mencari dan terus mencari cinta ILAHI. Jumpa lagi, InsyaALLAH.

DI SEBALIK CEBISAN KAIN ITU...

Image
Terlalu banyak yang mahu dibicarakan jika menyentuh tentang wanita dan aurat. Bermula dari persoalan asas, batas aurat yang ditentukan syari’at sehinggalah mencakupi perkara berbangkit yang timbul di sekitarnya. Saya bersyukur kerana bermula dengan artikel bertajuk : Antara dua cinta sehingga yang terbaru : Jangan buka diri , saya melihat suatu perkembangan perbincangan yang baik dan penuh kesedaran di dalam diri pembaca untuk menilai tahap penutupan aurat di dalam diri masing-masing. Bukan sekadar pakaian, penampilan, pembawaan diri, pergaulan dan batasannya, malahan gambar-gambar yang tersebar di ruang cyber juga harus diambil kira oleh seseorang muslimah dalam menentukan tahap kesempurnaan penutupan aurat dan hijabnya. Walaupun tidak semua persoalan yang timbul, dapat saya balas dan memberi pandangan, tetapi saya mengharapkan segala butiran yang ditulis di dalam setiap artikel tersebut dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang ‘penutupan aurat’ dan berhijab yang sewajarnya diu

MENGGENGGAM BARA API...

Image
“…… I can’t invest in alcohol related products because of the religious reason, so I’m going to declare myself out, Jeff..” luah James Caan kepada salah seorang peserta yang sedang cuba meraih perhatian lima panel penilai bertaraf jutawan di hadapannya untuk melabur di dalam perusahaan membuat arak dari ladang anggur organik ( organic vineyard ). Mereka ialah Duncan Bannatyne, Peter Jones, Deborah Meaden, Theo Paphitis dan James Caan sendiri. Lima botol arak dengan label bertinta nama lima jutawan tersebut, seolah-olah menggambarkan bahawa itulah jenama yang akan diletakkan pada perusahaan dan botol minuman berkenaan sekiranya mereka melabur kelak. Ia jelas menampakkan kesungguhan Jeff untuk ‘mengambil hati’ kelima-lima mereka. “ Ok..i understand ,” balas Jeff sedikit terkilan bila mendengar penarikan diri James Caan. Saya dan suami berpandangan. Kami saling berbalas senyuman. Terserlah kekaguman pada sinar mata suami. Saya apatah lagi. Kagum bercampur syukur atas pendiriannya itu.

AYAH DAN IBU....DENGARKANLAH...

Image

MUSLIMAH SOLEHAH ITU BERBEZA

Image

ZURIAT BERKAT

Image
“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti. “InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi. “Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu. Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu. Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, sa

BILA USIA BERTAMBAH....

Image
“Masa bidan rasa-rasa perut mak dan beritahu, eh! Ini ada seorang lagi ni, muka mak dah pucat…tak sangka ada dua orang rupanya dalam perut ni.” Emak tersenyum panjang mengimbau kenangan lama. Pada zaman awal dan pertengahan tujuh puluhan, di kawasan perkampungan dan felda ketika itu, kemudahan perawatan dan kesihatan yang ada hanyalah sebuah klinik desa. Hospital yang paling hampir terletak di Tanjung Malim. Itu pun memakan masa hampir sejam berkereta dari Felda Gedangsa. Ditambah pula, ketiadaan ‘scanner’ dan lain-lain gajet moden yang canggih seperti hari ini, amat memungkinkan dua janin yang sedang menghuni rahim emak tidak dapat dikesan walau oleh bidan Klinik Desa yang melakukan rawatan bulanan. “Ingatkan lepas Ina lahir tanpa berbidan, dah selamat dahlah. Ayahlah yang jadi ‘bidan terjunnya’,” ayah menambah. Saya dan adik kembar mendengar penuh minat. “Alhamdulillah, selepas tiga jam Ina lahir, barulah Nora selamat melihat dunia. Itu pun, kulit badan semua dah kecut, sampai ter

WALAU SEBESAR ZARAH...

Image
Pemilik wajah berkulit putih dan berambut perang itu, dari jauh kelihatan tersenyum. Setiap hari, sementara menunggu bas untuk pulang ke rumahnya, saban kali ketika berpapasan dengan saya dan anak-anak yang sedang berjalan kaki, Jessica pasti melemparkan senyum manisnya. “ Hello , Jessica,” saya membalas dengan iringan ucapan ringkas. Saya tahu, bibirnya yang menguntum ceria itu sebenarnya diberikan kepada kawan sekelasnya, Kak Ngah. Saya menoleh ke sebelah kiri saya. Bagaikan sedikit terkejut bila melihat Kak Ngah yang masam mencuka. Wajah Jessica yang sedang tersenyum lansung tidak diendahkannya. “Kenapa Kak Ngah tak senyum pada Jessica tadi?” saya bertanya setelah berjalan jauh sedikit. Sengaja saya tekankan nada suara sebagai tanda kurang senang dengan perlakuannya sebentar tadi. “Malaslah Ummi…Jessica selalu buat tak elok pada Kak Ngah. Hari ni di sekolah, dia minum air Kak Ngah tak minta izin pun,”Kak Ngah meluahkan punca masalah. Mendengar itu sa