Posts

Showing posts from February, 2010

AKU PENGKAGUM WANITA-WANITA ITU...

Image
Sumber Aku pengkagum wanita-wanita itu, manusia biasa dengan semangat luar biasa… Punya jati diri dan tinggi keyakinan diri, pasrah berserah terhadap ketentuan-Nya Kisah Siti Hajar meruntun sukma… Bersama bayi kecilnya dia ditinggalkan di lembah gersang membakar… Suami tercinta, Ibrahim berlalu dengan linangan air mata… Rahsia dari arahan Tuhan tidak pernah dipersoalkan, hanya patuh atas setiap perintah-Nya. Tanpa makanan, tanpa minuman, tiada pepohonan, tiada insan buat peneman.. Hanya bayinya Ismail yang mulai menangis…ratap sayunya kerana lapar dan kehausan.. Pedih hati seorang ibu, kasihnya membara menguatkan jiwa… Ke sini dan ke sana, antara dua bukit Hajar berlarian bagai tak kenal erti lelah… Harapan menjejak air buat merawat dahaga putera tercinta Dari jauh bagaikan ada, namun mendekat nyata ia fatamorgana.. Putus asa tidak pernah singgah di hatinya, mencari dan terus mencari…. Berlari dan terus berlari, hingga berulang alik sampai tujuh kali… Ingatan pada kata-katanya sendiri

DI SEBALIK KERINDUAN INI

Image
“Rindu itu adalah anugerah dari Allah….. Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu… Rindu pada kedamaian , rindu pada ketenangan… Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan…” “Ummi rindu ayah ye?” tanya Kak Ngah. Mesra dan ramah. Mungkin dia mendengar berulang kali nasyid ‘Rindu’ itu dikumandangkan, Kak Ngah menghampiri untuk bertanya. Namun, menyaksikan redup matanya, saya bagai dapat menebak perasaan hatinya yang sedang gundah. Sememangnya anak kedua saya ini mudah menunjukkan rasa hatinya. Jika gembira, riuh rendah ketawanya. Andai berduka, senyap sunyi tidak bersuara. “Kak Ngah pun rindu pada ayah,” luahnya tanpa diminta. Saya memandang Kak Ngah sambil melempar senyuman. Walau telah beberapa kali berjauhan, kerinduan ini tetap berkunjung mengetuk pintu jiwa. Masakan dapat saya dan anak-anak menolak kehadirannya apatah lagi bila ia datang bersama ingatan kepada suami tercinta. Seseorang yang sentiasa mendorong, mendokong dan menitip nasihat buat diri yang selalu terlupa. AKTIVITI

PANDANGLAH..LIHATLAH..JANGAN !

Image
Saya sebenarnya berhasrat untuk menulis sesuatu yang lain dari topik ‘aurat wanita’ di dalam artikel kali ini. Akan tetapi, saya merasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa persoalan yang dilontarkan melalui satu komentar di bawah artikel : That’s not hijab! “Assalamualaikum, Saya belum berkahwin, pakai tudung tiga segi menutup bawah dada cuma bukan tudung labuh seperti anda..dlm rumah saya pakai baby tee, skirt, gaun dan sluar pendek, cuma kini saya sikit malu lalu menukar dgn sluar panjang tapi masih seksi kiranya. Suatu hari nanti jika berkahwin saya mungkin kekal cara begini? Saya ada persoalan...kalo benar pakai tudung tapi tak bleh pakai cantik, tak bleh baju color, tak bleh bersolek wpun nipis diluar...benarkah wanita yg bertudung litup seperti anda berhias semata-mata utk suami, waktu bila anda bergaya? Kat rumah? atau anda langsung tidak bergaya pakai cantik2 takut plak anak persoalkan? ramai yg saya jumpa berpakaian seprti anda tetapi berbau, nampak tidak bermaya.muka pucat.

THAT'S NOT HIJAB !

Usai kuliah ‘ online ’ kedua pada hari Jumaat, 29 Januari yang lalu, saya menarik nafas dalam. Kesal dan sedikit kecewa. Lama saya termenung melayan gelodak rasa. Menatap beberapa perkataan yang membentuk sebaris tajuk : Aurat Wanita, apa batasnya ? Sungguh, kuliah kali ini menghadirkan rasa kurang puas hati yang bukan sedikit di dalam jiwa, terutama bila mengingatkan masalah teknikal yang kerap terputus sehingga mengganggu tumpuan dan penyampaian saya. Risau. Resah. Bimbang mengenangkan isi kuliah yang mungkin tidak dapat dihadam dengan baik oleh para pendengar. “Janganlah kecewa. As dah buat yang termampu kan?” suami memujuk. Cuba menghiburkan hati yang rawan. Saya tersenyum, namun hambar sekali saya rasakan. “Masalah teknikal yang berlaku di luar kawalan kita,” tambah suami. Masih berusaha mengubat luka di hati saya. “Ya...tapi As tetap bimbang...abang” luah saya, sedikit membangkang. “As bimbang jika penyampaian As tadi tidak difahami oleh para pendengar. Lebih malang, jika ada yan

NILAM PURI: SUATU KENANGAN DAN INGATAN

Image
Sumber “ Ha..ni lah biliknya..Alhamdulillah!” saya bersuara gembira. Impian penuh debaran sebelum menjejakkan kaki ke tempat ini suatu ketika dahulu, sudah menjadi suatu realiti. Buat julung kalinya saya menjejakkan kaki ke Nilam Puri. Di sini, saya mengikuti Kursus Pra Akademi Islam yang merupakan program persediaan bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, Usuluddin dan Pendidikan Islam di kampus utama Akademi Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Entah mengapa, sukar saya membayangkan perasaan berdebar ketika itu. Namun, teruja dengan sambutan ramah kakak-kakak urusetia, sedikit sebanyak memadam debaran di dalam jiwa. Di sini, saya ditempatkan di asrama Al Malik Khalid, di mana bermula pengalaman bergelar penuntut institusi pengajian tinggi. Satu fasa baru selepas berakhir alam menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Seingat saya, nama dan kemasyhurannya telah lama saya dengar. Kerana itu, mungkin, saya tidak berapa resah ketik