Posts

Showing posts from 2010

HADITH ASSIGNMENT FOR KAK LONG & KAK NGAH

Image
Anak-anak saya suka melukis dan menggunakan komputer. Baik kak long dan kak ngah, Khalil dan Solehah juga sudah menunjukkan minat yang serupa. Kebanyakan masa mereka terutama di musim cuti persekolahan, banyak dihabiskan di depan komputer. Melukis menggunakan paintbrush , bermain game dan adakalanya menulis untuk blog. Sebagai ibu, ada ketikanya, timbul perasaan kurang selesa di hati dengan kecenderungan mereka. Akan tetapi, apabila memikirkan ruang rumah di UK ini yang keluasannya agak terhad, dengan kebanyakan masa anak-anak di rumah, terutama dalam cuaca dingin yang terlalu menggigit, ia memberi satu cabaran kepada diri saya untuk lebih kreatif. Kecenderungan yang ada harus di'manipulasi' sebaiknya. Bakat melukis yang ditunjukkan juga mesti disalurkan kepada pengisian yang lebih bermakna. Berisi dan memberi manfaat buat mereka. Justeru itu, hasil perbincangan bersama suami, juga sebagai galakan kepada anak-anak untuk menyintai sunnah Nabi, saya telah memberikan satu tugasan

MENJADI YANG TERBAIK, MEMBERI YANG TERBAIK

Image
“Salam, adakah ayat "engkau terbaik untukku" masih valid sekiranya suami ditakdirkan bertemu jodoh lagi ?” Pertama kali membaca persoalan di atas, hati wanita saya sedikit cemas. Entah bisikan apa yang menyusup masuk ke dalam jiwa, sehigga persoalan itu begitu membekas di jiwa. Seolah-olah kata-kata yang saya tujukan khusus buat suami lewat artikel, Engkau Terbaik Untukku, dipandang kosong. Tiada makna. Saya bagai hanyut dibawa ke alur rasa yang melemaskan ditengah-tengah kedamaian dan kehangatan sambutan ulangtahun ke-12 pernikahan saya dan suami tercinta. Lebih-lebih lagi, sambutan itu berlaku selepas beberapa hari kami berjauhan kerana suami berkelana ke bumi Praque di Republik Chezc. Saya tidak pasti tujuan dari lontaran persoalan yang agak mengganggu itu. Adakah untuk meninjau pandangan saya tentang poligami, atau sekadar mahu mengacah-acah sambil melayangkan maksud rasa bahagia yang sedang saya rasakan ketika ini pasti tidak akan lagi saya rasai andai suami bernikah lag

DALAM TADBIR KUSUSURI TAKDIR-MU ( Bhgn 2 )

Image
Namun, langit tidak selalu cerah. Ada ketikanya, awan mendung berarak megah menutupi sinar mentari yang indah. Demikian juga kehidupan saya dan suami. Entah bagaimana, penempatan pertama saya sebagai guru sandaran terlatih ditempatkan jauh di bumi Kenyalang, Sarawak. Saya terpaksa menolak kerana keadaan sangat tidak mengizinkan untuk saya berjauhan dari suami yang dikasihi. Kami reda dan meneruskan hari-hari seadanya. Persediaan menyambut ‘orang baru’ juga dilakukan sekadarnya memandangkan suami baru bekerja dengan gaji bulanan RM800 sahaja. Akan tetapi, dengan bantuan dari adik beradik saya dan suami, juga kenalan yang bermurah hati, sedikit sebanyak menambah keyakinan kami terhadap rahmat dan kasih sayang ILAHI.

DALAM TADBIR KUSUSURI TAKDIR-MU

Image
Suara ayah terdengar lemah menerusi ‘speaker’ komputer. Sayup-sayup menembusi corong telinga. Hati ini jadi hiba. Andai saja saya berada di tanahair ketika ini, pasti sudah lama saya mengajak suami pulang ke desa. “Badan ayah banyak hilang air tu. Ayah muntah-muntah juga ke?” saya bertanya. Bimbang mengenangkan kesihatan ayah yang tidak berapa baik akhir-akhir ini. “Muntah, cirit birit..semua ada. Sampai doktor masukkan air masa pergi klinik tadi. Tapi, ni dah rasa kuat sikit.” Jawapan ayah sedikit melegakan kerisauan jiwa. “Doktor kata salah makan…” ayah menambah cerita. Saya mendengar. “Ayah berehatlah…nanti Ina call lagi,” balas saya. Niat di hati tidak mahu berbual lama. Kasihan mengenangkan tubuh tua ayah yang lemah dan kurang berdaya dek penangan keracunan makanan dua hari lepas. “Eh..buku Ina dah ada kat rumah ayah ni. Bolehlah ayah baca…” Tiba-tiba ayah bersuara. Nada suara yang lemah tadinya terdengar sedikit berubah. Agak bertenaga. Ceria.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU (2)

Image
Dari tadi kak long asyik tersenyum-senyum memandang saya. Entah apa yang di fikirkannya saat itu, hanya dia dan ALLAH yang tahu. “Kenapa kak long, nak cubit?” soal saya dalam nada bergurau. Senyumannya kian melebar. “Tak ada apa-apa…” Kak long menjawab ringkas, tapi lirikan manis yang menguntum di bibirnya masih terlihat jelas. Saya membiarkan kak long dengan senyuman misterinya dan meneruskan kerja-kerja rutin di dapur. Periuk belanga, pinggan dan cawan yang digunakan untuk memasak hidangan tengahari tadi masih belum di cuci. Kain baju yang memenuhi bakul biru dan kuning di hadapan bilik air juga belum terusik sedikitpun. “Ummi dan ayahkan….macam orang bercinta…” Tiba-tiba kak long meluah bicara, malu-malu sahaja lontaran nada yang masuk ke telinga. Terpempan seketika saya mendengarnya. Mujur pinggan di tangan tidak terlepas ke sinki kaca. “Kenapa kak long cakap macam tu?” saya bertanya. Aliran darah bagai deras menerjah ke wajah. Panasnya terasa. Paras rupa merah merona. Sejurus, say

KITA ADALAH KUNTUMAN MAWAR

Image
“Ee…nape ummi pakai ubat kat muka?” Petah mulut si kecil Solehah bertanya. Berkerut-kerut wajahnya melihat ke wajah saya yang putih menampakkan hanya dua biji mata dan mulut sahaja. Melihat itu, saya bagaikan mahu ketawa, tetapi terpaksa saya tahan sekuat rasa. Jika tidak, sedikit sahaja senyuman yang melebar, sudah cukup untuk ‘meretakkan’ wajah putih saya. “Ummi pakai yoghurt la dik, bukan ubat…” saya cuba menjawab seringkas mungkin. Kasihan melihat si kecil tertanya-tanya. “Yoghurt?” Solehah bertanya dengan pelat comelnya. Bertambah berkerut wajahnya. “Adik makan yoghurt…” Solehah menambah. Mungkin dia kehairanan bila saya meletakkan yoghurt yang selama ini menjadi kegemarannya diletakkan ke muka, tidak dimakan seperti biasa! Jawapannya kali ini sungguh menggeletek jiwa. Pecah juga ketawa saya akhirnya. Terasa ketegangan yang menguasai muka beberapa minit lalu turut mengendur.

INGIN JADI APA WAHAI ANAKKU?

Image
Dari tingkap kaca bilik studi suami, saya gemar melihat ke langit yang tinggi, sambil menatap cahaya mentari yang melimpah di siang hari yang cerah. Cukup mempesona. Sangat mendamaikan rasa. Tatkala awan putih meliputi langit yang membiru, kepulan-kepulan bak kapas bersih itu pasti bergerak ke satu arah yang sama, mengikut arah tiupan bayu. Liang liuk pepohonan turut menambah kemeriahan alam. Sangat menenang dan mengasyikkan. Memerhati keharmonian alam saat ini, hati diusik kenangan sewaktu kecil. Mendongakkan kepala ke langit yang tinggi. Bermain dan berimaginasi bersama kawan-kawan sebaya. Pelbagai gambaran yang timbul di fikiran kami ketika melihat awan putih yang melata. Terdapat kepulan-kepulan awan yang besar bagaikan kepala sang gajah. Ada pula kepulan–kepulan kecil umpama asap yang keluar dari serombong keretapi lama. Tidak kurang juga, gandingan kumpulan awan yang membentuk kelopak bunga putih yang indah. Semua gambaran itu kami ceritakan dan kongsikan bersama. Banyak kali ima

SALAM AIDILADHA

Image
Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar... Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan. Di hari yang mulia ini, mari kita maknai dengan takbir, tahmid dan takbir... Agar 'ruh' pengorbanan keluarga Ibrahim a.s mampu memutik 'ibrah... Memarak semangat pengorbanan untuk agama tercinta ini. Melangkah dengan ikhtiar yang mapan... Beriring sangka baik dan kepasrahan yang tuntas kepada Ar Rahman.. Walau hakikatnya, kita terhijab dari mengetahui keberhasilannya di masa depan... Kerana yang pasti hanya DIA Maha Mengetahui... Hikmah yang mengintai di sebalik setiap ujian dan cabaran. Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah. Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb. Justeru, jangan sangsi dan ragu, tawakal dan redalah pada TUHANmu. Mencari dan terus mencari cinta ILAHI Jumpa lagi, InsyaALLAH.

DETIK INI KUPATRI JANJI....

Image
Detik ini kupatri janji, untuk lebih menikmati… Desir dedaunan ditiup angin malam… Bersama deruan membelah kesunyian… Bauan enak dari ayam panggang di dalam ketuhar… Harum aroma dari secawan kopi hangat… Menghidu nyaman buah-buahan segar. Detik ini kupatri janji, untuk lebih menghayati…. Kegigihan sekawan semut menghurung seketul kecil serbuk roti… Kicauan beburung mencari rezeki dinihari… Suam-suam terik mentari di musim dingin bersalji… Layangan lembut sehelai daun ditiup bayu pagi. Detik ini kupatri janji, untuk lebih menghargai… Bening mata insan-insan tercinta… Tangan kecil mengharap dipimpin… Tangan besar meminta dibelai… Senyum manja, hilai tawa, tangis hiba… Bersilih ganti menggugah rasa. Kuyakini, setiap satu ada nilai tersendiri… Walau ia mungkin tidak beerti apa-apa pada sesiapa… Namun padaku, semua itu menambah ‘hidup’ pada kehidupanku... Selagi ada masa… Akan kucuba untuk mengotakan kata-kata… Bahawa setiap ‘mereka’ pent

SOLATLAH ANAK-ANAKKU

Image
Sekejap-sekejap saya meninjau ke anak tangga. Namun, kelibat Kak Long dan Kak Ngah masih belum terlihat di mata. “Hmm…dah dekat pukul lima dah ni…” saya berbisik di dalam hati sambil mengerling sekilas jadual waktu solat yang ditampal di pintu bilik. “40 minit lagi dah masuk maghrib…”saya mencongak-congak sendiri. Di tingkat bawah, riuh rendah suara anak-anak bermain menerobos masuk ke cuping telinga. Sesekali tercuit juga mendengar telatah mereka berbual dan bergurau. Usik mengusik dan saling berbalas kata hingga banyak kali si kecil Solehah menangis akibat dikenakan oleh kakak-kakak dan abangnya, Khalil. “Hmmm, asyik betul bermain….” Bisikan di hati bertemali. Di luar rumah, suasana terang kian kelam. Siang pergi, malam pula mengambil ruang untuk mengabdikan ‘diri’. Bukti ketaatan yang tidak pernah culas kepda Pencipta Yang maha Suci.

ANDAI SEMUA ITU BELUM CUKUP!

Image
Bagaimana kita menanggapi sekian banyak 'teguran' dari ALLAH SWT ini. Adakah cukup dengan rasa sedih dan pilu tatkala menghitung angka korban, jumlah kerugian harta benda, atau hanya memanjangkan perdebatan tentang siapakah yang bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan nyawa, sekadar itu?

SEDIKIT PENJELASAN

Image
Sebenarnya, saya berazam untuk tidak melanjutkan perbincangan tentang rumahtangga selepas entri : Sinergi 1,2 dan 3 yang lalu, tetapi memang sukar nampaknya; kerana berbicara tentang perkahwinan dan hubungan suami isteri tidak ada satu pun yang remeh dan kecil. Semuanya penting dan besar bagi saya. Tidak pernah saya lupa kepada peribahasa ‘orang-orang’ kita, It takes two to tango :) Bertepuk sebelah tangan, manakan ada bunyinya! Kerana itu saya tidak pernah menafikan peranan dan tanggungjawab lelaki ( suami ) untuk mengemudi bahtera rumahtangga. Lebih-lebih lagi lelaki dihalakan di dalam masyarakat dan agama yang mulia ini sebagai teraju utama kepimpinan sesebuah keluarga.

SINERGI 1,2 DAN 3 : Kekuatan Cinta Seorang Isteri

Image
Saya meraup dua tangan ke wajah. Satu keluhan yang berat saya lepaskan. Mata terus terpaku ke skrin kaca di hadapan. Hari ini buat kesekian kalinya saya menerima beberapa emel berkisar masalah rumahtangga. Saya tidak dapat menyembunyikan rasa hiba dan sedikit terganggu dengan beberapa luahan dari pihak isteri. Baris demi baris saya baca dan amati sebaiknya. Bukan seorang dua, malahan sebahagian besar emel yang diterima, sehinggakan ruang berbual di kotak sembang di blog saya juga mengenengahkan masalah yang hampir sama. Kesemua mereka meminta pandangan bagaimana harus berhadapan dengan sikap suami yang tidak pandai memujuk, bermesra membelai, bahkan sebahagiannya panas baran, suka mengherdik, menengking dan memukul tubuh badan. “Kasihan,” bisik saya. Bagai turut merasai kepahitan dari luahan jiwa setiap seorang dari mereka. Bagai terbayang air mata yang tumpah saat mereka menghadapi hidup seharian. “Ya ALLAH, bagaimana lagi dapat aku membantu ?” Bertalu sahutan dari dalam diri setiap k

KALKULATOR CINTA

Image
Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi, hati saya berbisik sendiri. Berulangkali. Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb, semakin menambah kekuatan saya berimaginasi. Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yang berfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta. ‘Kalkulator cinta’.** Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya. Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertai ucapan, I love you my dear , maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai. ‘Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia. Saya berangan-angan lagi. Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluar membeli di pasar tani

JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri

Image
“Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari..” luah suami sebaik selesai makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa, tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan. Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan. “Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua. “Alamak, susahlah As.” Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil menggaru kepala yang tidak beralas. Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan semata. Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi. ‘Patutlah abang kurang berselera,’saya berbisik. Tidak terucap, sekadar terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.

AKU MENYINTAIMU ( ? )

Image
Betapa besar cinta dan sayang seorang ibu, demi seorang anak, dia sanggup berjaga malam, tidurnya hanya tidur-tidur ayam. Mimpilah apa sahaja; baik mimpi yang menakutkan, mimpi hiba yang mengalirkan air mata, atau mimpi indah bulan jatuh ke riba, tangisan seorang anak di tengah malam pasti membangunkan seorang ibu dari terus diulit lena. Lalu dia bersegera mendapatkan anaknya, menenangkannya agar si anak kembali melelapkan mata. Namun, diri ini menginsafi tatkala membaca bait-bait bermakna ini : عَنْ عُمَرَبْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَدِمَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِسَبِيٍّ فَاِذَاامْرَأَةٌ مِنَ السَّبِيِّ تَبْتَغِى اِذَا وَجَدَتْ صَبِيًّا فِى السَّبِيِّ أَخَذَتْهُ فَاَلْصَقَتْهُ بِبَطْنِهَا وَأَرْضَعَتْهُ فَقَالَ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَتَرَوْنَ هَذِهِ اْلمَرْأَةَ طَارِحَةً وَلَدَهَا فِى النَّارِ قُلْنَا لاَ وَاللهِ وَهِيَ تَقْدِرُ عَلَى أَنْ تَطْرَحَهُ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم اَللهُ اَرْحَمُ مِنْ هَذِهِ بِوَلَدِهَا Maksudnya : Dari Uma

MOGA BARAKAH ITU KITA RAIH

Ramadan semakin jauh pergi. Syawal juga bakal berakhir, tidak lama sahaja lagi. Kehangatan sambutan Aidilfitri di Leicester juga sudah berlalu, tidak sehangat sebagaimana Syawal pertama, kedua dan ketiga dua minggu yang lalu. Kalaupun ada, mungkin suam-suam kuku sahaja panasnya, kerana meneruskan ibadah puasa enam, juga melunaskan hutang puasa Ramadan bagi kaum perempuan. Semuanya kembali normal. Rentak hidup kini mengulangi rutin biasa pada bulan-bulan sebelum Ramadan tiba. Sedangkan saya…. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali sejak hari-hari terakhir Ramadan, hanya membuka dan merenung kosong ke arah paparan utama blog ummuhusna99 dengan hasrat agar keinginan untuk menulis kembali menjelma. Beberapa emel yang tiba, yang di antaranya mengenengahkan persoalan tentang barakah di dalam rumahtangga, juga belum cukup mencuit jiwa saya untuk membalasnya. Persoalan yang ada hanya saya baca di dalam jiwa : “Assalamualaikum wbt Kak Ina, Dah lama dah saya membaca blog Kak Ina dan alhamdulillah

Salam lebaran...

Image
Gerbang Syawal semakin menghampiri, Ramadan yang berkunjung, akan berlalu pergi. Syawal yang tiba, s ambutlah ia dengan tasbih, tahmid dan takbir yang memenuhi ruang jiwa, Agar denai berliku yang telah, masih dan akan kita lalui untuk menuju kemenangan hakiki, Akan terus kita tempuhi dengan sabar dan percaya kepada bantuan Yang maha Esa.

AGAR CINTA ISTERIMU TERJAMIN UNTUKMU...

Malam ke 25 Ramadan, Dalam diri mencari reda dan cinta TUHAN, Ada insan menangisi ujian dan cabaran perkahwinan, Menaruh percaya beriring harapan, Agar bahtera rumahtangga selamat tiba ke destinasi impian. Diri ini kehilangan kata-kata... Basah airmata, hati bersarang hiba... Sekadar mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya. Sedikit renungan buat para isteri budiman, Yang menabur wangian di setiap laluan perkahwinan, Bersabarlah....tiada cinta insan yang kekal melainkan Cinta-NYA, Raihlah ia walau hidupmu diselubungi duka... Kelak manisnya pasti akan kau rasa... Juga ingatan buat lelaki bergelar suami, Ku tinggalkan petikan ini sebagai ingatan buat kalian, Hargailah isterimu, sayangilah dia sementara masih ada... Kerana kehilangannya, entahkan dapat kau bertemu yang serupa.. 60 usaha agar cinta isterimu terjamin untukmu... InsyaALLAH...

ANDAI RASULULLAH BERSAMA KITA....

Image
Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya. Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata. Sudah banyak kali saya menyaksikan petikan video yang satu ini. Jika diulang tayang berkali-kali pun, ia masih menghadirkan keinsafan di dalam diri. Kolam air mata mana yang mampu menampung limpahannya, jika persoalan yang bermain di kepala membuak kesayuan yang tiada taranya. Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga adalah impian setiap muslim dan muslimah yang beriman.Inilah yang berlaku kepada diri saya setiap kali menonton petikan video yang menampilkan satu rancangan berbahasa arab bertajuk : Lau kaana bainana. Rancangan ini mengenengahkan persoalan bagaimana sekiranya Rasulullah SAW, hidup dan berada di tengah-tengah kehidupan moden hari ini. Bersama-sama kita!

KATALOG BUKU KARYA BESTARI

Membaca jambatan ilmu. Kepada para pembaca yang berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan Karya Bestari Sdn. Bhd. boleh mendapatkan maklumat mengenainya dari katalog di bawah ini. Semoga beroleh manfaat. Mencari dan terus mencari cinta ILAHI. Jumpa lagi, InsyaALLAH.

SERAHKAN KEYAKINAN KEPADA TUHANMU

Image
Telah beberapa kali saya meninjau ke luar tingkap, namun kelibat suami masih juga belum terlihat. Sesekali angin dingin musim sejuk di penempatan Hayyu at Tibba’ itu datang menyapa. Tidak mahu berlama-lama dengan kedinginan yang menggigit, saya kembali menutup daun tingkap, lantas duduk bertimpuh di sofa arab melihat kak long dan kak ngah bermain. Hati yang risau bagaikan terubat melihat telatah dua anak kecil saya bergembira bersama. Menatap wajah mulus kedua-duanya, jiwa diselubungi sayu dan hiba. Mereka bakal saya tinggalkan untuk tempoh lebih dua minggu andai perancangan untuk menunaikan haji tahun ini berjalan lancar. Tanpa apa-apa halangan, dengan izin-NYA. Semua urusan telah diuruskan. Permohonan visa telah pun diluluskan. Persiapan pakaian dan kelengkapan yang perlu dibawa juga telah saya bereskan. Adik-adik akhawat yang tinggal berdekatan juga telah menyatakan kesediaan untuk anak-anak yang ditinggalkan. Cuma

BICARALAH ATAS NAMA KASIH

Image
Semuanya bermula pada pertengahan Mac yang lalu, iaitu ketika saya menerima satu emel daripada seorang editor sebuah syarikat penerbitan di Malaysia. Berulangkali saya mengamati isi kandungan yang termuat di dalamnya. Bukan tidak percaya, cuma tidak menduga, bahawa impian dan hasrat yang saya pendam selama ini, bakal menjadi kenyataan dengan izin-NYA. Setelah beberapa perbincangan lewat emel dilakukan, akhirnya saya dan pihak penerbit, Karya Bestari Sdn. Bhd. bersetuju untuk menjalin kerjasama. Seiring itu juga, saya menerima lamaran tersebut dengan linangan mutiara jernih dari kolam air mata. Ia manifestasi dari rasa gembira yang melaut di dalam jiwa, beriring segunung kesyukuran ke hadrat Yang Maha Esa. Segala puji bagi-MU Ya ALLAH !

RAMADAN : JANGAN SAMPAI RETAK!

Image
“Ala…baru pukul 3. Lambat lagi nak buka.” Kak Ngah bersungut buat kesekian kalinya. Sambil berbaring malas di sofa, sungutan dan keluhan yang sama berulangkali di’zikir’kannya hari ini. Mendengar itu, saya menggelengkan kepala. “Kak Ngah, tak baik asyik mengeluh lapar…cuba banyakkan sabar,” nasihat saya dengan kerutan di dahi. Tanda kurang berpuas hati dengan sikapnya ini. Mendengar itu dia diam. Bibirnya mencebik masam, wajah dan kepalanya tunduk menekur ke lantai. “Rasa lapar memang biasa masa berpuasa ni,nak… supaya kita merasai bagaimana orang yang susah dan menderita kelaparan. Kalau nak bandingkan apa yang kita rasa masa puasa ni dengan keadaan mereka, tentulah kita jauh lebih baik. Kita masih boleh berbuka puasa dengan makanan yang sedap-sedap sedangkan mereka, nak dapat makan pun susah,” saya menambah. “Sebab tu, kena banyak sebut Alhamdulillah dari asyik mengeluh lapar,” saya menyambung kata-kata. Kak Ngah terus membisu. Namun, raut wajahnya berubah. Kelihatan pilu dan sayu.

RAMADAN KAREEM

Image
Salam Ramadan buat semua sahabat dan pembaca yang budiman. Semoga kehadiran Ramadan buat kesekian kalinya ini menjadikan kita insan-insan yang lebih bertaqwa. Ramadan bulan istimewa, maka hanya orang-orang yang istimewa mampu menghidupkannya dengan sebenar-benar penghayatan dan keikhlasan. Islamic Greeting Card by Alhabib Ibadah puasa diperuntukan kepada orang-orang yang memiliki iman, kerana puasa tanpa keimanan, adalah sesuatu yang sangat-sangat memberatkan. Mari bersama kita renungi dan usahakan yang terbaik, mudah-mudahan ALLAH SWT menerima amalan kita. "Allahumma a'inna..." RAMADAN KAREEM. Mencari dan terus mencari cinta ILAHI. Jumpa lagi, InsyaALLAH.

KECIL YANG BESAR, SEDIKIT YANG BANYAK

Image
“Ya Allah, rasa kerdilnya diri bila mendengar kisah-kisah begini..”saya berbisik sambil menyeka air mata. Entah kenapa, hati ini bagai diasak rasa sayu dan hiba mengenang kelemahan diri. Mendengar kisah yang sungguh mengkagumkan ini, bagai terbayang di depan mata keikhlasan dan kemurnian jiwa yang dimiliki oleh mereka, wanita-wanita biasa tetapi luar biasa pada pandangan Allah dan Rasul-NYA. Itulah yang menjadikan mereka begitu istimewa. Sungguhpun ada di kalangan mereka bukan dari kalangan berharta, bukan juga bangsawan ternama atau jauh dari dikenali ramai sebagai golongan ilmuwan dan bijak pandai, namun bakti kecil yang dicurahkan oleh setiap seorang dari mereka untuk Islam tetap terpandang dan dijulang. Pertama kali saya mendengar kisah ketiga-tiganya iaitu ketika menonton satu rancangan berbahasa Arab bertajuk : al Qawareer , ( Wanita di dalam Islam ) yang dikendalikan oleh Dr Muhammad Abdul Rahman al ‘Arifi. Beliau berkelulusan dari universiti Saudi dan merupakan anak didik beb

ANDAI MENYAYANGIKU....

Image
Sahabat… Andai benar kalian menyayangiku… Jangan merimbun puji dan pujamu padaku.. Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cinta-NYA.. Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta… Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya. Pujian hanya mengurangi imanku… Puja banyak menebalkan mazmumahku…. Panjang angan-anganku… Lalu terlena diulit mimpi-mimpi nafsu. Hanya peringatan dengan kasih menyedarkan… Merentap keasyikan mimpi palsu bawaan syaitan… Biar aku merintih dalam keinsafan… Biar aku menangis mengenang kekhilafan… Dari tersenyum tanpa nilai… Apatah lagi tertawa yang membinasakan… Sahabat…. Andai benar kalian menyayangiku…. Tebarkan wangian dalam persahabatan… Agar harum kasih ikatan dan ukhuwwah ini… Berpanjangan hingga ke syurga idaman… Sahabatku… Sayangi aku kerana-NYA… Dan aku pasti menyayangimu jua kerana cinta-NYA. **************

STICKY POST : SOLUSI ISU KE-22

Image
Semoga kandungannya mampu menyumbang sedikit solusi kepada masalah ummah. Boleh dapatkannya di : http://www.stormreaders.net/aslina "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tenta ng AKU, Maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." ( Surah al Baqarah ayat 186 )

KUIMPIKAN KELUARGA 'S-M-R'

Image
Kuimpikan keluarga, Bahagia, harmoni dan sejahtera, Dengan cinta, hikmah, dan tawa ria, Bukan dengan gelar, harta dan wang berjuta. Kuimpikan rumahtangga, Bahagia dalam sederhana, Harmoni dalam ibadah, sejahtera dari keluh kesah. Kuimpikan keluarga, Walau kehidupan bertandang pancaroba, Tangan bertaut, saling menyokong, Salah dan silap, dinasihati dengan cinta, Kebaikan bukan untuk diri, tapi seluruh ahli di dalamnya.. Kuimpikan rumahtangga, Bersinar indah bukan dek perhiasan mewah, Tetapi kerana kasih sayang berpandu ajaran-NYA, Mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah. Kuimpikan… keluarga SMR… InsyaAllah. Mencari dan terus mencari cinta ILAHI. Jumpa lagi, InsyaALLAH.

DI SEBALIK CEBISAN KAIN ITU...

Image
Terlalu banyak yang mahu dibicarakan jika menyentuh tentang wanita dan aurat. Bermula dari persoalan asas, batas aurat yang ditentukan syari’at sehinggalah mencakupi perkara berbangkit yang timbul di sekitarnya. Saya bersyukur kerana bermula dengan artikel bertajuk : Antara dua cinta sehingga yang terbaru : Jangan buka diri , saya melihat suatu perkembangan perbincangan yang baik dan penuh kesedaran di dalam diri pembaca untuk menilai tahap penutupan aurat di dalam diri masing-masing. Bukan sekadar pakaian, penampilan, pembawaan diri, pergaulan dan batasannya, malahan gambar-gambar yang tersebar di ruang cyber juga harus diambil kira oleh seseorang muslimah dalam menentukan tahap kesempurnaan penutupan aurat dan hijabnya. Walaupun tidak semua persoalan yang timbul, dapat saya balas dan memberi pandangan, tetapi saya mengharapkan segala butiran yang ditulis di dalam setiap artikel tersebut dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang ‘penutupan aurat’ dan berhijab yang sewajarnya diu

MENGGENGGAM BARA API...

Image
“…… I can’t invest in alcohol related products because of the religious reason, so I’m going to declare myself out, Jeff..” luah James Caan kepada salah seorang peserta yang sedang cuba meraih perhatian lima panel penilai bertaraf jutawan di hadapannya untuk melabur di dalam perusahaan membuat arak dari ladang anggur organik ( organic vineyard ). Mereka ialah Duncan Bannatyne, Peter Jones, Deborah Meaden, Theo Paphitis dan James Caan sendiri. Lima botol arak dengan label bertinta nama lima jutawan tersebut, seolah-olah menggambarkan bahawa itulah jenama yang akan diletakkan pada perusahaan dan botol minuman berkenaan sekiranya mereka melabur kelak. Ia jelas menampakkan kesungguhan Jeff untuk ‘mengambil hati’ kelima-lima mereka. “ Ok..i understand ,” balas Jeff sedikit terkilan bila mendengar penarikan diri James Caan. Saya dan suami berpandangan. Kami saling berbalas senyuman. Terserlah kekaguman pada sinar mata suami. Saya apatah lagi. Kagum bercampur syukur atas pendiriannya itu.

AYAH DAN IBU....DENGARKANLAH...

Image

MUSLIMAH SOLEHAH ITU BERBEZA

Image

ZURIAT BERKAT

Image
“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti. “InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi. “Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu. Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu. Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, sa

BILA USIA BERTAMBAH....

Image
“Masa bidan rasa-rasa perut mak dan beritahu, eh! Ini ada seorang lagi ni, muka mak dah pucat…tak sangka ada dua orang rupanya dalam perut ni.” Emak tersenyum panjang mengimbau kenangan lama. Pada zaman awal dan pertengahan tujuh puluhan, di kawasan perkampungan dan felda ketika itu, kemudahan perawatan dan kesihatan yang ada hanyalah sebuah klinik desa. Hospital yang paling hampir terletak di Tanjung Malim. Itu pun memakan masa hampir sejam berkereta dari Felda Gedangsa. Ditambah pula, ketiadaan ‘scanner’ dan lain-lain gajet moden yang canggih seperti hari ini, amat memungkinkan dua janin yang sedang menghuni rahim emak tidak dapat dikesan walau oleh bidan Klinik Desa yang melakukan rawatan bulanan. “Ingatkan lepas Ina lahir tanpa berbidan, dah selamat dahlah. Ayahlah yang jadi ‘bidan terjunnya’,” ayah menambah. Saya dan adik kembar mendengar penuh minat. “Alhamdulillah, selepas tiga jam Ina lahir, barulah Nora selamat melihat dunia. Itu pun, kulit badan semua dah kecut, sampai ter

WALAU SEBESAR ZARAH...

Image
Pemilik wajah berkulit putih dan berambut perang itu, dari jauh kelihatan tersenyum. Setiap hari, sementara menunggu bas untuk pulang ke rumahnya, saban kali ketika berpapasan dengan saya dan anak-anak yang sedang berjalan kaki, Jessica pasti melemparkan senyum manisnya. “ Hello , Jessica,” saya membalas dengan iringan ucapan ringkas. Saya tahu, bibirnya yang menguntum ceria itu sebenarnya diberikan kepada kawan sekelasnya, Kak Ngah. Saya menoleh ke sebelah kiri saya. Bagaikan sedikit terkejut bila melihat Kak Ngah yang masam mencuka. Wajah Jessica yang sedang tersenyum lansung tidak diendahkannya. “Kenapa Kak Ngah tak senyum pada Jessica tadi?” saya bertanya setelah berjalan jauh sedikit. Sengaja saya tekankan nada suara sebagai tanda kurang senang dengan perlakuannya sebentar tadi. “Malaslah Ummi…Jessica selalu buat tak elok pada Kak Ngah. Hari ni di sekolah, dia minum air Kak Ngah tak minta izin pun,”Kak Ngah meluahkan punca masalah. Mendengar itu sa

BELAJAR DARI PASIR

Image
Kali pertama melihat aksi dan tari dari jemarinya yang lembut, tetapi pantas dan tajam melakarkan suasana, saya terpaku seketika. Tanpa suara, tanpa bilah kata. Hanya lakaran peristiwa berlatarkan muzik penuh dramatik menjadikan penceritaannya dilimpahi pelbagai ‘rasa’. Berbaur suka dan duka, tangis dan ceria. Mata menumpu penuh teruja menanti satu demi satu babak cerita yang akan dibawanya. Sejarah menjadi tema persembahannya. Pada awal pengkisahan, dia menghamparkan suasana damai penuh keindahan. Sejurus itu, konflik mula berlaku.Ia menggambarkan detik penaklukan Jerman terhadap Ukraine di dalam perang dunia kedua. Peperangan yang telah memisahkan orang-orang yang dikasihi, hidup dan mati yang tidak pasti. Penonton kelihatan terbuai dengan gaya dan ragam suasana yang dibawakannya sehingga ramai menitiskan airmata hiba. Dan hari ini, buat kesekian kalinya, saya sekali lagi menonton persembahan seni pasir dari Kseniya Siminova ini di laman Youtube . Beliau merupakan seorang pelukis b

KEMBALILAH....

Image
Terkedu seketika membaca berita di myMetro pagi semalam. Artikel bertajuk : Duit maksiat Jamu jemaah itu, melaporkan kegiatan dua wanita beragama Islam, anak beranak yang menjadikan wang haram dari kegiatan maksiat untuk menjamu para jemaah masjid di Petaling Jaya, setiap Jumaat. Menurut mereka, wang itu dilaburkan untuk tujuan baik sebegitu bagi menghapuskan dosa dan mendapatkan pahala. Berulangkali saya beristighfar tatkala membacanya. Betapa masih ramai umat Islam yang sesat dan menyesatkan orang lain pula dengan pemahaman yang sonsang tentang agama.

JANGAN 'BUKA DIRI'

Image
"Takutnya...nanti Ummi tolong delete gambar-gambar Kak Long dalam blog dan Ning ye..."demikian respond Kak Long tatkala saya menunjukkan satu emel yang diterima. Emel itu merupakan satu pendedahan mengenai salahguna gambar-gambar wanita Muslimah yang telah elok menutup aurat, tetapi dengan menggunakan teknik superimpose dan sinar x-ray, 'gambar' yang telah diedit tersebut dikatakan boleh 'menampakkan' anggota dalaman yang sepatutnya tidak dipertontonkan. Saya tidak mengetahui apakah kemungkinan benar perkara itu berlaku. Namun, walau apapun, saya berpandangan Muslimah hari ini sudah terlalu berlebihan menonjolkan diri mereka kepada umum lewat gambar-gambar di blog, FB, Friendste r dan laman-laman sosial yang lain.