DARI BICARA, HADIR PERCAYA
“Ummi, betul ke tidur lepas Subuh tu tak elok?” suatu ketika Kak Long bertanya kepada saya. “Hmm..tak semestinya. Kenapa Kak Long tanya?”soal saya pula yang sedang sibuk memberus baju di sinki dapur. Walaupun begitu, saya cuba juga menjawab pertanyaannya. Sekadar melayan bila anak menyapa. “Ada orang kata, kalau tidur lepas Subuh boleh jadi gila..Kak Long tak nak jadi gila..” jawab Kak Long. Agak cemas nada suaranya. Terhenti seketika saya mendengar kata-katanya. “Dari manalah Kak Long tahu tentang ini,” saya berbisik sendiri. Mungkin kerana terkenangkan dirinya yang selalu tidur atau tertidur sebaik mengerjakan solat Subuh, Kak Long nampak serius mahu berbicara mengenainya. Jelas bersungguh, tidak mahu bertangguh. “Apa lagi keburukan tidur lepas Subuh yang Kak Long tahu ?” soal saya lagi. “ Tidur lepas Subuh juga boleh menyebabkan susah dapat rezeki,” pantas Kak Long menjawab kembali DUNIA TANPA SEMPADAN Saya yakin, setiap ibu bapa pasti pernah diasak dengan pertanyaan-pertanyaan yang