Posts

Showing posts from April, 2009

BERSYUKUR APA YANG ADA

Image
Mata saya tidak berkedip memandang ke wajah anak sulung kesayangan. Saya menoleh pula ke almari cermin di hadapannya. Menggeleng kepala saya seketika. “ Muka Kak Long dah putihkan Ummi, “ kata Kak long melihat saya terpaku memandangnya dari tadi. “ Kenapa pakai bedak banyak sangat ni, sayang ?” saya melemparkan pertanyaan. Hairan dengan lakunya malam ini. Berbedak hingga sampai ke baju dan seluar. Putih bertompok sana sini. “ Kak Long nak putih macam Kak Ngah, “ Kak Long menjawab sambil mula menunjukkan muka masam. Belas pula saya melihatnya. Baru saya teringat kata-kata Kak Imah yang berkunjung ke rumah siang tadi. Rupa-rupanya Kak Long terdengar perbualan kami. “ Husna lain sikit kulitnya dari Najwa ye, Ina” Kak Imah berkata memandang ke arah anak-anak yang sedang leka bermain di halaman rumah. “ Seorang ikut ayah, seorang ikut Umminya, “ saya menjawab dengan senyum kelat. Bimbang Kak Long mendengar. Pasti dia terasa hati nanti. Sensitif sungguh dia bila orang menyebut warna kulitnya

ANTARA DUA CINTA

Image
“ Ish..banyak tu. Macam-macam warna ada, “ tiba-tiba suara ayah menyapa dari belakang. Saya yang sedang asyik mengemas beg sebelum bertolak pulang ke kampus, menoleh dan melemparkan senyum malu-malu. Faham dengan sapaan ayah..apa yang dimaksudkannya banyak dan berwarna. “ Mana ada banyak ayah. Tiga helai tudung lama, dua je yang masih baru“ saya menjawab ramah. Saya mengesot sedikit ke tepi dinding untuk memberi ruang ayah duduk bersila. “ Baru atau lama tak penting. Yang utama tahu apa tujuan dan niat pemakainya. Bimbang tak terjawab nanti di akhirat sana, “ nasihat ayah. Masih sempat ayah menitip sepatah dua peringatan diri, walau nampak remeh tapi besar jika difikir jernih. WARNA-WARNI DOSA Entah kali keberapa saya menggeleng kepala begitu. Gelengan kesal berbaur hiba. Kesal kerana yang putih semakin kelam, berubah kelabu warnanya. Hiba dek mengenang masa depan anak-anak yang kian membesar di depan mata. Bagaimana agaknya corak dunia mereka bila dewasa. Hari ini saya menggeleng kepa

QURRATU'AYUN AYAT CINTA KAMI

Image
Mata saya berkaca menatap ayat indah itu. Semakin lama saya menghayatinya, sebak kian melanda jiwa. Saya menyeka air mata dengan hujung telekung bercorak bunga warna coklat muda, hadiah dari suami tercinta. Belum pernah jiwa saya tersentuh sebegitu walau telah saban kali mengulangi ayat yang sama. Namun impaknya kali ini amat berbeza. Ayat yang sangat mudah dilafaz, tapi amat payah untuk direalisasikan dalam kehidupan moden hari ini. Bukan semudah mengungkap ayat-ayat cinta kala kasih bersemi. Rasulullah SAW telah banyak kali menegaskan di sepanjang kehidupan Baginda. Antaranya sabda Baginda yang bermaksud : “ Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.” ( Riwayat Abu Daud dan al Hakim ) WANITA SEBAGAI ISTERI PE

MENGIMPIKAN PUTERI ISLAM SEJATI

Image
Satu persatu anak tangga pentas kami turuni. Di belakang kami, tepukan gemuruh masih kuat kedengaran. Alhamdulillah, kami mengucap syukur kehadrat Nya. Debaran yang sekian lama mengiringi setiap kali sesi latihan, telah berakhir hari ini. Kami telah melakukan sedaya yang terbaik. Moga-moga di samping bertanding dan berusaha meraih kemenangan, kami dapat berdakwah menerusi bait-bait nasyid yang kami lagukan sebentar tadi. “ Wahai puteri, lihat nun di sana. Islam mu kini ketandusan pembela. Bersama sendu mengalir lesu, tertunggu-tunggu mujaddid baru. Kembangnya kini diulit sepi, tiada lagi rijaluddin sejati. Wahai puteri khidmat mu dinanti. Ummah derita, engkau pengubatnya. Kelembutanmu penawar sengsara. Engkau penyeri Islam dan tamannya, Tanganmu bakal menggoncang dunia. " “ Tahniah , “ kata ketua hakim pertandingan. Baru sebentar tadi nama kumpulan kami diumumkan sebagai Juara Pertandingan Nasyid Puteri Islam, peringkat negeri Selangor. “ Kamu semua tak teringin ke nak merakamkan

ANUGERAH DARI PERMATA HATI

Image
Orang memberi, kita merasa, Anak memberi, rasa bahagia. Terima kasih daun keladi, Lain kali berilah lagi. Terima kasih anak-anak Ummi, Kak Long dan Kak Ngah. Jadi anak solehah ya, amin. Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, InsyaAllah. 16 Rabi'ulakhir 1430 12 April 2009

SURAT CINTA, SUARA CINTA

Image
Bukan sekali dua, bahkan telah banyak kali dia memberi saya kad atau surat cintanya. Akan tetapi tidak satu pun yang saya balas. Seingat saya, saya hanya pernah memberi kad ucapan tahniah atas kejayaannya. Itupun, sudah lama dulu. Oh, ya. Juga kad sempena ulangtahun kelahirannya tahun lepas. Sudah lama rupanya saya membiarkan kad dan surat cintanya tanpa balasan. SEKOLAH YANG MENGGEMBIRAKAN Wajah mereka nampak ceria sekali. Melihat itu, saya tersenyum lega. Bimbang juga mulanya. “ Bagaimana sekolah Kak Long Kak Ngah tadi, seronok ?” saya memulakan perbualan sambil menemani mereka makan nasi. Kak Long mengangguk. Kak Ngah pula hanya tersenyum sambil mulut terus mengunyah ayam goreng kegemarannya. “ Tentulah seronok Ummi. Cikgu baik, kawan-kawan pun ramai, “ Kak Long mula buka bicara. “ Kak Ngah, tak takut bercakap Bahasa Inggeris?”soal saya menduga. “ Taklah. Kak Ngah cakap campur-campur dengan kawan-kawan Melayu. Dengan kawan Mat Saleh, Kak Ngah cakap sikit-sikit je

PENGALAMAN IMAN

Wajah mak nampak tenang seperti selalu-selalunya mak di mata saya. Saya sedaya mungkin menahan tangis, namun titisan air mata tetap laju menuruni pipi. Cepat-cepat saya menyeka dengan lengan baju. Untung tiada siapa yang memandang. “ Jirus air ke seluruh tubuhnya ye, “ Ustazah Kamariah, selaku ketua penyelenggara jenazah memberi arahan sekaligus tunjuk ajar. Saya, Kak Kam dan Ija, adik kedua bongsu bersama-sama membantu memandikan jenazah Mak di tengah rumah. “ Pakai sarung tangan ini. Kemudian bersihkan gigi dan mulutnya. Sisir perlahan rambutnya kalau-kalau ada kotoran “ satu persatu Ustazah Kamariah memberikan tunjuk ajar kepada Ija yang memegang bahagian kepala. Saya membersihkan bahagian perut, sementara Kak Kam di bahagian kaki. UMPAMA BURUNG PULANG PETANG “ Awak dah buat keputusan, Ina?” Tanya sahabat saya, Hamizan. Saya mengangguk sambil mata memandang kehijauan rumput di Taman Universiti. Di atas pokok berdekatan bangku yang kami duduki, kelihatan seekor bu

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

Image
" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sibyl, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina. "Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula. "Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik. "Alamak Sibyl, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. " Why ?"Sibyl tertanya-tanya. "Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sibyl menyambut dengan ketawa. Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka. SUATU PERJALANAN "Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari b