Posts

Showing posts from March, 2009

BEGITUKAH AKHIRNYA ?

Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak. " Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun... " Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan. " Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ." Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku. " Kak Lo

MARI BELAJAR MEMASAK BERSAMA SUAMI

Image
Nanti! Jangan terus beralih mata. Teruskan membaca sehingga penghujung cerita. “ Emm..rasanya tajuk ni tak berkaitan dengan saya, saya masih bujang trang tang tang lagi,“ mungkin itu telahan awal yang terfikir di minda. Senyum sendiri agaknya si anak dara. “ Suami saya tak pandai memasak , macam mana pula dia nak mengajar saya? “, soalan kedua pula menyusul tiba. “Ada faedah ? “, ekor soalan masih berbaki di kepala. “ Suami saya boleh dan pandai memasak, tapi dia sibuk. Susah nak cari masa belajar memasak bersamanya “, luah yang ketiga. Cukup..cukup. Belajar memasak bersama suami tidak perlu kemahiran memasak. Juga boleh dilakukan bila-bila masa pun. Cuma, ia memerlukan kerjasama, faham memahami dan sikap tidak putus asa. Tak percaya ? ********************************** Suami saya juga bukan mahir masak-memasak. Bukan bidang beliau. Walaupun begitu, saya mengaku, cekodok ikan bilisnya lebih sedap berbanding saya. Sibuk. Tidak perlu saya cerita. Akan tetapi saya banyak belajar memasak d

BIAR LAMBAT, ASAL BENAR !

Image
Hati bimbang sedikit melihat perkembangan bacaan al Quran anak kedua saya. Di kalangan rakan-rakan seusianya, malahan ada yang lebih muda, telah pun mula membaca al-Quran juzuk pertama, Surah al Baqarah. Namun, Kak Ngah, panggilan manjanya masih berada di tahap Iqra' 3. Sementara anak sulung saya, Kak Long, telah berada pada juzuk ketiga. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebayanya, anak sulung saya ini juga agak ketinggalan pencapaian bacaan al Qurannya. " Ummi, sikit lagi nak masuk Iqra' 4 ", wajah Kak Ngah nampak ceria tatkala mengira baki lembaran Iqra' 3. Saya hanya mengangguk mengiakan. " Kak Ngah perlu lebih rajin dan tekun, baru cepat habis ", saya menambah memberi sokongan berbaur harapan. Sepanjang mengajar anak-anak mengaji al Quran di rumah, saya mengambil sikap ' selagi belum lancar, selagi itu tidak boleh beralih bacaan'. Bagi saya belajar membaca al Quran merupakan perjalanan yang panjang. Bekalnya adalah kesabaran

TIADA RAMUAN RAHSIA !

Bahan-bahannya tiada yang luar biasa. Seekor ayam, sedikit cili padi, cili giling, kerisek kelapa goreng, serai, daun kunyit, santan dan bahan-bahan tumisan lain.Itu sahaja ramuan 'Ayam Rendang' mak..tapi rasanya. Sedap tidak terkata. Sedapnya rendang mak, sampaikan Ah Meng, taukeh kedai membaiki motosikal di Behrang Stesyen sering menempah untuk jamuan rakan-rakan Islamnya sewaktu sambutan Tahun Baru Cina. Sehingga hari ini pun, selepas hampir 11 tahun mak 'pergi', saya dan adik beradik lain merindui kesedapan Rendang ayam air tangan mak. Walau lazat bagaimana sekalipun orang lain memasaknya, tetap tak terbanding buatan tangan mak. AIR TANGAN DAN BISMILLAH Bila orang-orang bertanya pada mak, " Apa ramuan rahsia rendang makcik ni..lazat". Jawapan mak mudah sahaja, " Tak ada ramuan rahsia pun. Sama je macam orang lain buat. Cuma...." 'Cuma apa mak ? Mak lebihkan kerisek ye? ' sampuk saya tanpa sempat Mak menghabiskan bicara. Mak tersenyum, 

MEMAKSA DIRI UNTUK BERJAYA

Image
Entah seru dari mana..hari ini seusai memasak untuk keluarga tercinta, tangan terus mencapai keyboard.Sementelah si kecilku masih tidur dapatlah aku melakar sesuatu..menulis tentang apa jua untuk manfaat diri dan agama pastinya. SYUKUR....akhirnya kekuatan ini datang juga..mengorak langkah pertama..menarikan jemari untuk mula ber'kata' . Bukan sekali dua, tetapi telah sering kali 'teman sejati' meniup semangat diri : ' tulis lah sesuatu...keluarkan bakat yang ada..paksa diri lakukannya...orang yang malas mencabar diri, akan sentiasa di takuk lama, tidak ke mana..' dan banyak lagi. Terima kasih abang..kata-katamu sentiasa bermain di ingatan..dan hasilnya hari ini, aku akan mula melakar sesuatu.Dan ini permulaannya. Semoga ada faedah buat diri yang menulis, ada manfaat bagi yang membaca. Selebihnya, hanya Allah yang akan menilai. Yang pasti, aku menulis bukan kerana nama, tapi kerana Cinta Nya..mencari dan terus mencari..Cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah 12.45