SALAM LEBARAN BUAT SEMUA
Ramadhan 1430 Hijriah bakal pergi. Menghitung Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya jadi sedih. Namun, peluang yang berbaki untuk memburu dan menjejak Lailatulqadr tidak harus dipersia. Dapat atau tidak bagi saya biarlah DIA yang menentukannya, siapakah gerangan insan-insan bertuah yang dianugerahkan kesempatan untuk bertemu malam yang berkah. Bagaimanakah puasa kita ? Tepuklah dada, tanyalah hati dan budi. Iman yang menjawab atau masih ada suara-suara nafsu merajai jiwa. Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh keampunan dari-Nya, dan alangkah rugi bagi mereka yang hanya merasai lapar dan dahaga sepanjang melaksanakan perintah Yang Maha Esa. NASIHAT DAN KEMAAFAN Cukuplah dalam menyambut Aidilfitri yang menyusul tiba, nasihat melalui nasyid di bawah ini akan sentiasa menjadi ingatan dan pedoman kita. Seterusnya, mengenangkan kesempatan yang mungkin tiada untuk menulis dan menyapa sahabat-sahabat maya sebaik sampai di Malaysia, saya ingin mengambil peluang ini untu